Pages

Saturday 4 July 2009

Sistem "RAS"

RAS adalah singkatan kepada Re-Circulating Aquaculture System. RAS adalah satu sistem yang dihasilkan dalam pembersihan kolam ternakan di mana ia diwujudkan bagi menjaga kualiti air dalam penternakan ikan. Ia boleh diaplikasi kepada apa jua jenia kolam ternakan.


Rajah di atas menunjukkan bagaimana RAS berfungsi

Kenapa RAS penting ?

Tidak ramai mengetahui bahawa dalam penternakan apa jua jenis ikan, pH 7 adalah pH yang amat sesuai. Dalam dunia keli contohnya, pH 7 menjamin pembesaran ikan dengan sekata dan penjagaan air dalam pH 7 menjadikan tekstur dan mutu ikan lebih baik. Di negara maju teknologi ini telah lama diaplikasikan dan penggunaan sistem RAS ini menjadikan kawasan sekitar tidak berbau busuk disebabkan oleh air ternakan ikan kita dan tidak menggangu alam sekitar terutama jiran yang duduk berhampiran dengan lokasi penternakan kita. Air yang dilepaskan juga tidak kotor dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Rajah menunjukkan penggunaan sistem tangki RAS

Penggunaan RAS amat penting dan menjimatkan masa serta wang kerana air ternakan tidak perlu ditukar bagi satu kitar penternakan di mana air tidak perlu ditukar untuk 3 bulan. Kolam yang kotor dapat dicuci dalam tempoh kurang daripada 20 minit dan air tersebut masih boleh digunakan.

APLIKASI RAS PADA SISTEM PENTERNAKAN DALAM POLYTANK


1 comments:

zanatul najiha said...

Good info

Post a Comment