Pages

Saturday 4 July 2009

Cara Pelepasan Benih baru..

Benih saiz 3inci
Benih saiz 2 inchi


Melepaskan Benih
Anak ikan bersaiz 2~3 inchi.Lebih daya tahan.
Kadar pelepasan ~ 100ekor/meter persegi.Kadar pertukaran air kolam ialah sebanyak 30% sehari.Masa yang baik bagi pelepasan anak ikan ialah pada awal pagi atau lewat petang.

1.Menstabilkan suhu
*Rendam beg plastic ke dalam air kolam selama 15~30 minit.
*Selepas jangkamasa tersebut suhu air dalam beg plastic dan suhu air kolam akan sama

2.Memeriksa kualiti benih
*Benih yang mengalami tekanan direhatkan.
*Benih yang cedera dan ada tanda-tanda penyakit diasingkan.
*Hanya ikan yang sihat dan cergas sahaja dilepaskan.

3.Melepaskan benih.
*Buka beg palstik.
*Masukkan sedikit demi sedikit ait ke dalam beg plastic supaya suhu air menjadi sama.
*Biarkan benih keluar sendiri dari beg plastic.
*Ulangi proses ini sehingga semua benih dilepaskan.

Untuk permulaan jangan diberi makan kerana kemunkinan ikan mati adalah besar.Hanya selepas 12 jam baru diberi makan.

0 comments:

Post a Comment