Pages

Thursday 20 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak



Disini, Ikankeli ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak" dan semoga korang semua puasa penuh tahun nie.. Bila buka puasa makan ikan keli masak belada.. ermmm.. mesti sedap..

Wednesday 12 August 2009

Prestasi Agro Farm


Benih keli dilepaskan ke dalam kolam.

SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.

''Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau.

Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

Memandangkan tidak ramai penternak yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan pusat-pusat pembenihan.

Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini.

Atas kesedaran inilah dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor.

Dengan menubuhkan syarikat Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama.

Keli yang diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini.

Akhirnya dengan bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya, mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut.

Sejak itu, setiap bulan paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk.

Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan.

Di samping menternak induk sendiri, bekalan ikan induk juga diperolehi daripada pemancing atau penternak yang menggunakan kolam tanah.

Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih.

Sebelum proses pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun.

Induk yang terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih.

Saiz yang sesuai adalah sekitar 26 sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil daripada saiz induk jantan.

Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter.

Menurut Nur Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan September.

''Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya,'' jelas beliau lagi.

Setelah lebih dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap bulan.

Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih.

Menurutnya, anak benih yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah.

''Tiga minggu dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak," ujarnya.

Tegas beliau, biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian adalah rendah.

Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan majlis kenduri kahwin.

''Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang, Selangor, Kawasan Utara dan Johor" ujarnya.

Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara intensif.

Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif.

Bagi mengurangkan kos makanan ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi meminimumkan kebergantungan kepada pelet.

Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit.

Tuesday 11 August 2009

6 Hari seminggu je Keli Makan..

  • Tahukah anda bagi kebanyakan jenis ikan yang di ternak (bukan rega atau anak ikan) ,kadar pembesaran ikan adalah sama ,memberi makan 6 hari seminggu dengan 7 hari seminggu.
  • Rasional.
  1. Ikan membesar kerana protin,mineral & vitamin bukan 'makanan',jika bahan bahan ini mencukupi ikan ikan akan membesar dengan sekata walaupun di beri makan 6 hari seminggu.
  2. Dalam habitat asal tidak semua ikan dapat makan setiap hari samada dengan sengaja atau tidak.
  3. Perlu kah penternak bekerja 7 hari seminggu sepanjang musim,kita ternak ikan atau ikan ternak kita.

Parameter Air Yang Baik

Parameter Air Dalam Penternakan.

Di dalam semua jenis sistem penternakan tidak kira sama ada dalam sistem konvensional saperti kolam,kanvas atau sebagai nya ,atau dalam sistem RAS.Mengekalkan mutu kualiti air adalah penting bagi kejayaan satu satu penternakan yang di buat.Pengunaan peralatan saperti untuk mengukur kadar oksigen,ph ,ammonia dll,adalah penting untuk mengetahui mutu air ternakan yang di buat.

Secara umumnya kebanyakan penternakan yang gagal adalah kerana tidak mengetahui mutu air yang di perlukan untuk penternakan yang berkesan.

Penternakan di buat secaragelap’,samada tiada peralatan yang di guna untuk mengukur,atau sememang nya tidak mengetahui paras minima yang boleh di tolerance oleh ikan.

Kegagalan sistem hanya dapat di kesan bila mana ikan ikan telah mati atau telah diserang penyakit.Tindakan seterus nya ialah dengan mengubat ikan ikan ini samada dengan mengunakan antibiotic dan sebagai.Tindakan tindakan ini kadang kadang memburukan lagi sistem penternakan pada jangka masa panjang dengan menguatkan lagi virus atau bateria ini menjadi immune kepada anti biotic yang akan datang.

Pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan kerana selain dari mengekalkan sistem immunisasi semulajadi daripada ikan ikan yang di ternak,Kos pengunaan ubat ubatan dapat di kurangkan.Pemereksaan kepada mutu air secara berskala dapat mengesan masalah pada peringkat awal lagi sebelum keadaaan menjadi lebih buruk,dan dapat menghindarkan masalah masalah ini memberi kesan kepada ikan ikan yang di ternak.

Pelaboran dalam membeli peralatan peralatan ini adalah berbaloi jika penternakan ini ingin di buat secara serious.

Parameter air yang di perlukan dalam sistem penternakn adalah saperti berikut.

Chemical

Upper Limits for Continuous Exposure

and/or Tolerance Ranges

Ammonia (NH3)

0.0125 ppm (un-ionized form)

Cadmiuma

0.004 ppm (soft water <>

Cadmiumb

0.003 ppm (hard water > 100 ppm alkalinity)

Calcium

4.0 to 160 ppm (10.0-160.00 ppm d )

Carbon dioxide

0.0 to 10 ppm (0.0-15.0 ppm d)

Cholorine

0.03 ppm

Copperc

0.006 in soft water

Hydrogen sulfide

0.002 ppm (Larsen - 0.0 ppm)

Iron (total)

0.0 to 0.15 ppm (0.0-0.5 ppm d)

Ferrous ion

0.00 ppm

Ferric ion

0.5 ppm (0.0-0.5 ppm d)

Lead

0.03 ppm

Magnesium

(Needed for buffer system)

Manganese

0.0 to 0.01 ppm

Mercury (organic of inorganic)

0.002 ppm maximum, 0.00005 ppm average

Nitrate (NO-3)

0.0 to 3.0 ppm

Nitrite (NO-2)

0.1 ppm in soft water, 0.2 ppm in hard water


0.03 and 0.06 ppm nitrite-nitrogen

Nitrogen

Maximum total gas pressure 110% of saturation

Oxygen

5.0 ppm to saturation; 7.0 to saturation for eggs or broodstock

Ozone

0.005 ppm

pH

6.5 to 8.0 (6.6-9.0d)

Phosphorus

0.01 to 3.0 ppm

Polychlorinated biphenyls (PCBs)

0.002

Total suspended and settleable solids

80.0 ppm or less

Total Alkalinity (as CaCO3)

10.0 to 400 ppm (50.0-4.00.0 ppmd)

% as phenolphthalein

0.0 to 25 ppm (0.40 ppmd)

% as methyl orange

75 to 100 ppm (60.0-100.0 ppmd)

% as ppm hydroxide

0.0 ppm

% as ppm carbonate

0.0 to 25 ppm (0.0-40.0 ppmd)

% as ppm bicarbonate

75 to 100 ppm

Total Hardness (as CaCO3)

10 to 400 ppm (50.0-400.0 ppmd)

Zinc

0.03-0.05 ppm

Cara Menetaskan Artemia















Artemia rupakan salah satu dari makanan halus yang di guna dalam pembenihan ikan laut, krustacea, ikan air tawar dan ikan hiasan. Ini karena Artemia memiliki nilai nutrien yang tinggi, serta ukuran yang sesuai dengan bukaan mul
ut hampir seluruh jenis larva ikan. Artemia dapat diterima oleh berbagai pembenihan ikan dan udang, baik air laut, air payau atau pun air tawar.Artemia yang biasa di dapati dalam pasaran adalah dalam bentuk cysts (telor) yang berada dalam keadaan domain tapi hidup menunggu keadaan parameter yang sesuai untuk menetas.Purata 1 gram mengandungi 250,000 cyst.

Klasifikasi

Pitoyo (2004) menjelaskan bahwa Artemia terdiri dari beberapa strain, antara lain:

  • Artemia monica : CaliforniaUSA
  • Artemia salina : Lymington
  • Artemia urmiana : Iran
  • Artemia tunisiana : Eropah
  • Artemia franciscana : Amerika
  • Artemia persimialis : Argentina

Sedangkan klasifikasi Artemia sp. menurut Bougis (1979) dalam Kurniastuty dan Isnansetyo (1995) adalah sebagai berikut:

  • Phylum: Anthropoda
  • Kelas: Crustacea
  • Subkelas: Branchiopoda
  • Ordo: Anostraca
  • Familia: Artemidae
  • Genus: Artemia
  • Spesies: Artemia salina

Morfologi

Cyst Artemia sp. yang ditetaskan pada salinity 15-35 ppt akan menetas dalam waktu 24-36 jam. Larva artemia yang baru menetas dikenal dengan nauplius. Nauplius dalam pertumbuhannya mengalami 15 kali perubahan bentuk, masing-masing perubahan merupakan satu tingkatan yang disebut instar (Pitoyo, 2004)

Pertama kali menetas larva artemia disebut Instar I.

Nauplius stadia I (Instar I) ukuran 400 mikron, lebar 170 mikron dan berat 15 mikrongram, berwarna orange kecoklatan. Setelah 24 jam menetas, naupli akan berubah menjadi Instar II, Gnatobasen sudah berbulu, bermulut, terdapat saluran pencernakan dan dubur. Perumbuhann selanjutnya, pada kanan dan kiri mata nauplius terbentuk sepasang mata majemuk. Bahagian samping badannya mulai tumbuh tunas-tunas kaki, setelah instar XV kakinya sudah lengkap sebanyak 11 pasang. Nauplius menjadi artemia dewasa (Proses instar I-XV) antara 1-3 minggu (Mukti, 2004). Pada tiap tahap perubahan instar nauplius mengalami moulting. Artemia dewasa memiliki panjang 8-10 mm ditandai dengan jelas tangkai mata pada kedua sisi bagian kepala, antena berfungsi untuk sensor. Pada jenis jantan antena berubah menjadi alat penyepit (muscular grasper), sepasang penis terdapat pada bagian belakang tubuh. Pada jenis betina antena mengalami penyusutan.

Ekologi

Artemia sp. secara umum nya tumbuh dengan baik pada kisaran suhu 25-30 º C . Cysts artemia kering boleh bertahan pada suhu -273 hingga 100 º C. Artemia dapat ditemui di danau dengan kadar garam yang tinggi, dienali dengan nama brain shrimp. Kultur biomas artemia yang baik pada kadar garam 30-50 ppt. Untuk artemia yang mampu menghasilkan cyst memerlukan kadar garam diatas 100 ppt (Kurniastuty dan Isnansetyo, 1995).

Reproduksi

Chumaidi et al., (1990) menyatakan bahwa perkembang biakan artemia ada dua cara, yakni partenhogenesis dan biseksual. Pada artemia yang termasuk jenis parthenogenesis populasinya terdiri dari betina semua yang dapat membentuk telur dan embrio berkembang dari telur yang tidak ditetas. Sedangkan pada artemia jenis biseksual, populasinya terdiri dari jantan dan betina yang berkembang melalui perkawinan dan embrio berkembang dari telur yang ditetas.

Penetasan cysts Artemia

Cyst atau telor artemia adalah sangat keras bagi membolehkan nya bertahan kepada semua keadaan cuaca dan tidak dapat di hadam oleh kebanyakan hidupan.Cenkerang Cyst yang telah menetas juga adalah bahaya kepada rega rega ikan kerana boleh membuat rega rega ini tercekik atau melukakan perut rega rega ini.

Sutaman (1993) mengatakan bahwa penetasan cysts artemia dapat dilakukan dengan 2 cara, yaitu penetasan langsung dan penetasan dengan cara dekapsulasi. Cara dekapsulasi dilakukan dengan mengupas bahaian luar cysts menggunakan larutan hipoklorit tanpa mempengaruhi kehidupan embrio ini.

Cara dekapsulasi merupakan cara yang jarang digunakan untuk penetasan artemia , namun untuk meningkatkan kadar penetasan dan menghilangkan penyakit yang dibawa oleh cyts artemia cara dekapsulasi lebih baik digunakan (Pramudjo dan Sofiati, 2004).

Cara penetasan

Peralatan yang di perlukan.

1.Bekas penetasan,boleh di buat sendiri dengan menguna bekas air mineral atau botol lutsinar yang sesuai

2.Bekas decapsulation ( jar 2 liter)

3.Aerator ,

4.Hose angin.

5.Penapis yang sesuai ( 120 -150 micron).

6.Bahan Bahan

a.Clorox

b.Cuka

c.Garam

d.Calcium Carbonate

7.lampu ( 2000 lux)

8.Penyukat garam

9.penyukat pH

Penyediaan Bekas penetasan.

Step 1

1.Sediakan bekas penetasan,sila ikuti kadar kemasinan yang di syorkan pada bekas artemia ini, contoh 30 ppt bermakna 30 gram garam bagi setiap 1 liter air.Kepadatan skala kecil ,kurang dari bekas 20liter ,5 gram artemia bagi setiap liter air.skala besar 2 gram artemia bagi 1 liter air.

2. Pasang aeration,sehingga semua garam larut,jangan guna airstone,hanya hose sahaja.

3.Masukan calcium carbonate sedikit sedikit sehingga pH mencapai 8 -8.5.

4.Pasang Lampu.











1.Aerator

2.Bekas Penetasan

3.Lampu.

4.Injap Buang

Step 2.

Decapsulation

1.Tandakan paras 3 oz dan 5 oz di jar.

2.Masukan air sehingga paras 3 oz ( air paip di galakan)

3.Pasang aerator –tidak terlampau kuat dan jangan gunakan air stone ,hanya hose sahaja agar air ber ombak, tapi tidak berbuih.

4.Masukan kan artemia cyst – satu sudu

5.Biarkan selama 1 jam.

Step 3

1.Masukan clorox sehingga sukatan mencapai paras 5 oz.

* ratio air/clorox, 1 bahagian air, 2/3 bahagian clorox

2.Pasang aeration selama 5 min ( maksima jangan lebih dari 15 min).

3.Keluarkan cyst ini kedalam penapis ( 120 micron) dan bilas dengan air ( air paip di galakan)

4.Rendam semula cyst ini dengan campuran cuka ( 1 cawan) selama 1 min untuk menghilang kan clorox.

5. Bilas sekali lagi sehingga bersih.

Step 4.

1.Masukan artemia ini kedalam bekas penetasan,Pereksa suhu antara 28 – 30 º C ,biarkan sehingga 18 hingga 24 jam,kawalan suhu boleh di buat dengan membuka dan menutup suis lampu, suhu maksima 33 º C.

Step 5.

Penuaian.

1.Matikan lampu,dan tutup bekas penetasan di sebelah atas agar cahaya tidak dapat memasuki bekas ini.

2.Suloh sama ada dengan lampu suloh atau lampu yang sesuai di bawah bekas ini sehingga semua artemia yang menetas berkumpul di bawa bekas ini.Siphon atau buka injap yang disediakan untuk keluarkan artemia naupli ini.Pemerhatian harus di buat hanya naupli saha yang di keluarkan bukan cenkerang cyst atau lain lain kotoran.

Pemerhatian perlu dilakukan dengan cara mematikan aerator untuk memisahkan cysts yang tidak menetas dengan naupli artemia.

Pramudjo dan Sofiati (2004) cyst hasil dekapsulasi dapat segera digunakan (ditetaskan) atau disimpan dalam suhu 0 derajat celcius – (- 4 derajat celcius) .

Dalam kaitannya dengan proses penetasan Chumaidi et al (1990) mengatakan cyst setelah dimasukan ke dalam air laut (5-70 ppt) akan mengalami hidrasi berbentuk bulat dan di dalamnya terjadi metabolisme embrio yang aktif, sekitar 24 jam kemudian cenkerang cyst pecah dan muncul embrio yang masih dibungkus dengan selaput. Pada saat ini embrio ini perlu di beri makan segera kepada benih benih rega supaya nilai nutrisi yang ada tidak hilang. Selepas 24 jam menetas berat dan kadar kalorie nauplii ini boleh berkurangan sehingga 25 % dari berat asal.

Pengayaan Artemia

Kebanyakan strain artemia mengandungi ratio tenaga/protin yang rendah,Pengayaan (enrichment) artemia dengan menggunakan beberapa jenis pengaya misalnya scout emultion, selco atau vitamin C dan B kompleks powder dilakukan selama 2 jam (Suriawan,2004).

Subyakto dan Cahyaningsih (2003) menyakan bahwa pengayaan boleh di buat menggunakan minyak ikan, minyak cumi-cumi, vitamin atau pun produk komersial lainnya dalam waktu 2-4 jam untuk mendapatkan hasil yang baik. Artemia yang akan dilakukan pengayaan adalah yang baru menetas (nauplius) (Mukti, 2004).

BBAP Situbondo (2004) mencatat bahwa pemberian tambahan vitamin C dengan cara pengayaan dengan dos 0,1 – 0,5 ppm pada media pengayaan artemia dapat meningkatkan kadar hidup dan pertumbuhan larva kerapu. Syaprizal (2006) juga memperoleh hasil dengan pengayaan vitamin C sebanyak 2 mg/l ke artemia dapat meningkatkan kadar hidup benih udang harimau.

Friday 7 August 2009

Basic, Advance Tester kit untuk penternak ikan

Tester asas yang perlu korang ada terutama penternak baru, adalah seperti berikut.

Basic
Ammonia
Nitrite
Nitrate
pH

Advance
Phoporus
Calcium
Copper
Disolved Carbon Dioxside
Disolved Oxygen

Kadar kemasinan (kadar garam)
hydrometer
refractometer

Berikut detailnya :

Basic

Ammonia tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 0mg sampai 8mg total TAN
dlm rm 15 - 25

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan ammonia dalam kandungan air.



Contoh


Nitrite tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 0mg sampai 5mg
dlm rm 15 - 25

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan nitrite dalam kandungan air.


Contoh


Nitrate tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 0ppm sampai 100ppm
dlm rm 15 - 25

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan nitrate dalam kandungan air.


Contoh


PH tester

Cap lampam jawa
low range (air tawar)
Boleh test dari range 6 sampai 7.6
dlm rm 15 - 25

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

pH low range tester air tawar


ph 7.0



Advance


Phosporus tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 0ppm sampai 10ppm
dlm rm 15 - 25

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan Phosporus dalam kandungan air.




Calcium tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 0mg sampai 1000mg
dlm rm 15 - 25

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan Calcium dalam kandungan air.


Copper tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 0mg sampai ?mg
dlm rm 15 - 25

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan Copper dalam kandungan air.


kadar larutan Karbon Dioksida tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 0mg sampai ?mg
dlm rm 80

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan CO2 dalam kandungan air


kadar larutan Oxygen tester

Cap lampam jawa
Boleh test dari range 2ppm sampai 14ppm
dlm rm 120

cara pakai;
air di masukkan dalam botol kaca kecil 5ml. titiskan pada direction. lepas itu lihat chart yang di sediakan utk mendapatkan bacaan.

Digunakan utk test kandungan O2 dalam kandungan air



Kadar kemasinan (kadar garam)

Hydrometer

cap ikan baja
dlm rm 3 - 7

cara guna masuk dalam air dan baca reading pada meter berapa ppt. selalu built in dengan tempreture reading.

cara guna




Digital pun ada,

Spectrometer
cap ikan merlin sekolah menegah
dlm rm 300 - 700 HENNGET

cara guna masuk sample air air dan baca reading pada meter berapa ppt. selalu built in dengan tempreture reading.

Yang ini Tn. Hj. Hanapiah punya



Gred benih ikan di pasaran..

Assalamualaikum..

Benih ikan yg di jual di pasaran ada 4 jenis.

1 . super grow 5 - 10 % - AAA

2. standard/normal 60 - 70% - A/B

3. retard/bantut 25% - C

4. reject ie penyakit 10% - XYZ

- anggaran.

dlm pasaran benih ikan di negara kita ini lah jenis jenis benih ikan yang am di jumpai. peniaga yang jujur akan slalu memberitau dan menjual benih mengikut specsifikasi yang di beri tau. Jadi pastikan bertanya dahulu sebelum membeli benih ikan dan mengetahui at least kriteria benih supaya masa ternak adalah tetap dan tidak membawa masalah. yang paling baik ialah benih hybrid, due to genetik, benih sentiasa perlu utk di cross breed supaya tidak datang dari gen yang sama ie adik beradik.Biasa yang boleh tau dengan tepat kriteria benih ni HANYA hatchery itu sendiri, benih super grow - membesar dengan cepat "giant" benih ni takbleh campur dengan 2 , 3 dan 4 sebab bila dia cepat besar dan bila mulut dia lebih besar dari lain akan di makan tanpa had, dan mengakibatkan kehilagan saudara mara. benih jenis ni juga membesar dengan cepat - kualititi AAA, benih normal - membesar normal. benih yang slalu di import dari negara jiran selalunya jatuh pada group 2. - 20% 3. - 60 % 4. 20%. hanya anggaran. masalah kejujuran mejadi isu yg penting. Kadang2, ramai orang maukan benih yang murah. tapi tidak berkualiti, tapi hakikat benih ikan ada 4 kategori. itulah sebab selalu kita dengar banyak problem setelah seminggu kemasukan benih ikan yang baru. had kriteria ini tidak di gred atau "sengaja" di campur oleh hatchery yg tidak bertanggungjawab.sebenarnya susah nak dapat benih AAA, kalu hatchery orang kita yang terpilih sahaja. itu pon kalu dah kenai lama, Benih AAA slalu harga mahai skit mcm keli harga 17 sen size 3 inchi. tapi besar dlm 45 - 60 hari jer blh juai. Kualitit benih dari indon, wallahuallam, tapi byk di jumpai benih gred c atau bantut, ie kerapu harimau bela dah lama tapi tak besar besar. so harga benih ni murah berbanding yg berkualititi. macam mana nak tau benih AAA? kalu ikan marine ie kerapu tikus/rimau size kapla/badan matching selalunya ikan berkumpul dan berenang satu group dgn mulut menghadap ke owner ttgu mkn. kalau ikan darat, ikan tu slalunya aktif saiz badan,kapla dengan ekor matching dan respond pada owner waktu makan dan colour dia gelap skit sebab tidak stress. susah nak dapat semua AAA dlm breed even sendiri punya. ini kuasa ALLAH semua. mesti gred dan asingkan, slalu dapat 20% AAA je. bab nak tau benih A tu susah nak secara teknikal , lepas masuk kolam dlm seminggu kalu ada kenaikan berat badan dan sihat sejahtera , kemungkinan AA la kot.

Nuget & Ikan Masin keli..

Nama : Rashidi b. Saad

Tel : 019-5577344

Emel : shidi57@gmail.com

Encik Rashidi Saad dari Kampung Acheh telah mengusahakan ikan keli sejak 14 Mac 2008.Beliau mula berjinak-jinak dengan perusahaan ini hasil dari minat beliau sendiri dan dorongan kawan-kawan dan isteri.

Pada mulanya beliau hanya menternak ikan keli di dalam sebuah kolam simen bersaiz 15' x 4' x 3', tetapi atas permintaan yang semakin bertambah, En. Rashidi telah menambahkan jumlah ternakan dengan pembinaan 2 kolam simen yang baru berukuran 15' x 15' x 4'. Setiap kolam baru yang dibina boleh menampung 5,000 ekor ikan keli berbanding 2,000 ekor bagi kolam pertama beliau.

Gambar : Proses menjemur ikan keli masin berempah

Selain memasarkan ikan keli hidup kepada para peniaga restoran/kedai makan di Pekan Yan Besar, En. Rashidi juga memproses ikan keli yang diternak menjadi ikan keli masin berempah dan nuget ikan keli. Produk keli masin berempah ini amat istimewa berbanding dengan produk ikan masin lain kerana selain rasanya yang sangat unik, ia juga dikatakan amat lazat berikutan bauan rempah yang telah bersebati dengan isi ikan masin tersebut.

Gambar : Keli masin berempah yang telah siap dibungkus untuk jualan

Nuget ikan keli yang dibuat sendiri oleh En. Rashidi juga mendapat permintaan yang sangat menggalakkan daripada para pembeli setia produk terbabit. Walau bagaimanapun, berikutan proses membuat nuget yang agak rumit serta perlu disimpan di tempat yang dingin beku menyebabkan En. Rashidi menghadkan pengeluaran produk terbabit hanya kepada para pelanggan setianya dan tempahan terhad.

Gambar : Nuget keli yang rangup dan lazat

Thursday 6 August 2009

Bahaya Telebih Garam Dalam Rawatan

Minggu lepas, saya merawat ikan keli dengan cara menaburkan garam kasar sebanyak 1kg untuk merawat penyakit ulser/bengkang ingsang. Setelah 3 hari ikan menjadi sihat kembali, namun pada hari ini. Ikan mengalami kekurangan bendalir badan dan menyebabkan badanya bengkak-bengkak. Oleh itu baru saya teringat bahawa panas terik telah mengurangkan kandungan air dalam kolam, jadi kepekatan garam bertambah. Jadi cara penyelesaiannya

Cara ;
1.Ambik hos paip
2.On kan Pump
3.Sembur air dalam kolam

biar air penuh sikit dari biasa, jadi ikan xlah pedih dek kene garam yang pekat.. sekarang garam dah tawar sikit.. mcm org kene darah tinggilah, telebih garam kaki bengkaklah, itu bengakak.. jadi mcm tu jugaklah kehidupan ikan nie...

Kuarintin Ikan Anda..



Kenapa kita kena kuarantin benih ikan yang baru sampai ke kolam kita.

1.Ikan penat – kena segarkan
2.Ikan luka luka – kena rawatkan
3.Ikan bawa parasit – kena hilangkan
4.Ikan terkejut – kena tenangkan

Lain ikan mempunyai cara yang berlainan dan tempuh masa yang berlainan untuk tujuan kuarantin. Setiap penternak juga mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan kuarantin. Tetapi semua penternak berpengalaman akan melakukan kuarantin tanpa mengira sama ada benih atau ikan yang hendak di ternak itu ikan liar atau ikan dari hatchery. Pengalaman mengajar supaya kuarantin di buat supaya ikan yang dibawa masuk akan dapat hidup dengan baik dan sihat.

Seperti Hj. Hanapiah Pengurus Dimensi Rebana Sdn. Bhd. kehilangan 8-9 ribu ekor ikan kerana tidak dikuarintin, saya juga terkena, nasib x banyak, tapi banyak la jugak dalam 2 ribu lebih ikan saya k.o. dan telah saya semadikan. Ini adalah kesilapan terbesar saya buat. Ingt semua.... Kuarintin itu perlu...

Cara Transfer Ikan Yang Baik



Ramai penternak menyatakan masalah mereka kepada saya. Antaranya ialah benih ikan mati dalam masa 2 minggu selepas ikan di hantar ketempat mereka untuk di ternak.Ini termasuk ikan tilapia, ketutu dan keli. Mengikut pengalaman, kematian in mengarah kepada 2-3 tiga punca.

1. penyediaan kolam yang tidak rapi menyebabkan ikan mengalami penyakit atau stress
2. tiada kuarantin atau teknik kuarantin yang salah
3. teknik pembungkusan dan teknik membawa ikan yang tidak sesuai.

Teknik pembungkusan yang sesuai untuk jenis jenis ikan adalah penting. Ikan akan mengalami tekanan yang amat tinggi semasa perjalanan. Mengunakan teknik yang betul termasuk mengunakan bekas yang sesuai,jumlah ikan yang sesuai untuk satu satu bekas dan jauh perjalanan, ubat anti biotik, ubat penenang, ais, garam, dan pengudaraan yang sesuai akan mengurangkan tekanan ini. Ikan juga mesti di kuarantin sebelum di bawa berjalan untuk menenangkannya dan mengurangkan jumlah kumbuhan yang akan terkumpul dalam bekas pembawa ikan.

Oleh itu adalah amat penting untuk kita bertanya cara agen penjual ikan tentang kaedah mereka membawa ikan agar ikan yang di hantar kepada kita tidak mati begitu saja. Dalam pada itu, penternak juga mesti mempelajari teknik menerima ikan ini supaya ikan yang di terima akan dapat diternak dengan baik.

Recirculating Aquaculture System (R.A.S.)




Tuesday 4 August 2009

Garam Kasar dalam ternakan

Penggunaan Garam (sodium chloride) dalam Penternakan Ikan Air Tawar.

1. Garam guna ketika kurantin ikan liar atau ikan yang baru di bawa ke kolam. Garam boleh di gunakan bersama bahan lain seperti potassium permanganate,formalin atau copper sulfate. Garam akan menolong membunuh parasit dan kuman pada ikan. Juga ikan bernafas dengan baik kerana garam akan membuang mucus atau lendir pada insang ikan. Selalunya selepas tempuh kurantin (antara 15 minute ke dua hari mengikut jenis ikan), ubat antibiotik untuk mengubat luka yang di sebabkan oleh parasit akan di gunakan. Antara antibiotik yang boleh digunakan ialah oxytetracycline atau acriflavin. Secara praktikalnya, untuk mengelakkan ikan menjadi lali kepada bahan kimia tertentu, kami hanya mengunakan garam untuk kurantin ikan.

2. Garam di gunakan untuk mengubat ikan yang di serang parasit atau cacing/hook worm. Kepekatan atau jumlah garam adalah terpulang kepada penggunaannya tetapi tidak lebih dari 5 ppt. Juga bila mengubat ikan yang di serang kuman pada kulit ikan atau badan ikan. Ia boleh di gunakan bersama lain lain ubat seperti yang di atas.

3. Garam digunakan semasa membawa ikan dari satu tempat ke satu tempat. Garam membuat ikan lebih selesa semasa di bawa berjalan kerana selalunya ikan akan dibawa dalam kepadatan yang tinggi yang senang tercedera.

Apa jenis garam yang boleh di guna? Garam kasar jenis bersih atau jenis kotor. Selalunya jenis bersih agak mahal (Rm16-20 setiap 25kg) dan garam kotor/garam baja murah sedikit (Rm12-13 untuk seguni 25kg). Garam halus tidak boleh di gunakan.