Pages

Friday 20 November 2009

Tanaman Organik Menggunakan Baja Organik

Air ikan keli amat berguna dan boleh dijadikan salah satu produk dalam industri pertanian. Air ikan keli yang kotor dan telah digunakan setelah 2 minggu akan menghasilkan kompos @ baja yang boleh memberi nutrien kepada tumbuhan untuk proses pembesaran. (Fuh.. hehe.. mcm pengkaji plak..). Sebenarnya aku mmg dah kaji pun air ikan keli nie. Tapi ! cuma air yang digunakan lebih 2 minggu sahaja dapat menghasilkan baja organik yang baik. Kurang 2 minggu baja organik dalam air ikan keli masih x banyak lagi. Buktinya. semua tanaman dibawah aku tanam sendiri dan gunakan air ikan keli jer x guna baja pun..


Kangkung yang baru mula tumbuh selepas seminggu di tanam dan hanya menggunakan air ikan keli.


Kacang bendi, baru berumur 2 bulan lebih dan hanya menggunakan air ikan keli.


Lihat bendi nie, panjang 15 inci.


Pokok serai kampung yang baru berusia 1 bulan.


Rosell yang berusia 2 bulan dan sudah boleh dituai.


Ubi kayu yang baru sebulan ditanam, pucuknya sudah pun di buat pecal.. ermm.. sedap..


Labu, masih berumur sebulan.


Serai wangi, sama umur ngan serai kampung 1bulan.


Dan penjaga tanaman, orang-orang yang dah keje 3 bulan lebih. Baju pun pinjam aku punya.

Ok, buat masa sekarang pun aku dah mula pasarkan air ikan keli nie degan harga RM5/200liter. Bagi aku ini hanya permulaan untuk melihat pasarannya. Yang ternak keli tu ape lagi. Cubalah.. hehehe..

3 comments:

Anonymous said...

kalo macam nie aku pun nak pasarkan air kolam ikan keli akulah.

Admin OM said...

Ok jer..

daiabajian said...

Casino Review 2021 - Pros & Cons + Free Spins
Read our Casino review and play with bonus, games, 세븐 포커 족보 promotions, withdrawal w88 login methods, live 강원랜드후기 chat 안전한 바카라 사이트 support and much 토토 라이브스코어 more.

Post a Comment