Alat Ujian Air yang digunakan terdapat 4 iaitu alat ujian bagi Oksigen Terlarut, pH, Ammonia dan Klorin.
Terdapat pelbagai jenis jenama yang berada dipasaran dan kebiasaannya menggunapakai jenama SERA kerana mudah dibawa dan agak tepat.
Oxygen Test:
Digunakan bagi mengukur tahap oksigen terlarut dalam air.
Sukatan optima adalah pada kadar 3 ke atas
pH Test:
Digunakan bagi mengukur tahap Keasidan dan kealkalian air untuk ternakan
Sukatan optima bagi menternak ikan keli adalah diantara 6.5 - 8.5
Ammonia Test:
Digunakan bagi mengukur tahap Ammonia yang terdapat dalam air.
Mini pH Meter:
Digunakan dalam mengukur tahap keasidan dan kealkalian air. Ianya lebih sesuai digunakan oleh penternak yang bercadang membuat secara komersil
Tahap optima ph adalah 6.5 - 8.5
Clorine Test:
Digunakan bagi tujuan mengenalpasti kehadiran klorin dalam air.
1 comments:
Boleh ke guna air klorin utk memelihara ikan keli
Post a Comment