Pages

Saturday, 4 July 2009

"PH" Air

pH bermaksud p[H+] atau p kepekatan ion Hidrogen. Kepekatan ion Hidrogen yang akan menjadikan sesuatu pH itu bersifat asid atau alkali. Jika kepekatan ion Hidrogen sangat tinggi maka ia bersifat asid dan jika kepekatan ion Hidrogen adalah rendah maka ia bersifat alkali.

Sifat Asid :
1. Masam
2. Mengakis jika dalam keadaan pekat
3. Permukaan kasar

Sifat Alkali
1. Pahit
2. Mengakis jika dalam keadaan pekat
3. Permukaan yang licin

Asid kaya dengan ion Hidrogen bercas positif manakala alkali kaya dengan ion hidroksida iaitu OH bercas negatif.

Apa gunanya pH terhadap ternakan ikan keli ?

Keli adalah sangat sensitif terhadap keadaan air yang berasid dan boleh menyebabkan kematian dan keli mampu bertahan dalam keadaan alkali sehingga pH 9. Ini tidak bermakna bahawa saya mengatakan keli sesuai hidup di kawasan pH 9 tetapi apa yang ingin ditegaskan di sini adalah mereka hanya mempu bertahan jika keadaan alkali yang tinggi tetapi keli akan hidup di dalam keadaan yang tertekan. Ini akan menjejaskan tumbesaran ( terbantut ) ikan keli lebih-lebih lagi anak ikan.

Oleh itu penggunaan air hijau tidak digalakkan kerana memasukkan tahi ayam ke dalam kolam ternakan akan menyebabkan air berlumut ditambah dengan najis keli yang bersifat ammonia. Ammonia adalah alkali.

Jika kita membiarkan air paip atau apa-apa jenis air di dalam kawasan yang tidak mengalir, ( tanpa meletakkan tahi ayam ) pancaran cahaya matahari akan menukarkan air tersebut kepada warna hijau kerana kehadiran mikroalga. Ini menunjukkan air biasa pun akan menjadikan air kolam bertukar hijau dan ditambahkan dengan tahi ayam maka air kolam akan menjadi kotor dan berbau busuk. Lebih-lebih lagi penggunaan air hijau oleh tahi ayam adalah untuk menghasilkan moina sedangkan anak ikan melebihi 1 inci ke atas hingga 3 inci yang dimasukkan ke dalam kolam tidak lagi memakan moina. Keadaan akan bertambah parah jika kita menambahkan pula keladi bunting di atasnya.

Kajian telah menunjukkan bahawa apa jua jenis ikan akan membesar dengan baik dan berkualiti jika diternak pada pH 7 iaitu pH yang neutral tanpa kehadiran asid atau alkali.

FAKTA :

Kami pernah mempunyai rekod selama dua tahun di kolam tanah di mana dalam keadaan semula jadi oleh pancaran matahari, pH pagi adalah 7, tengah hari menunjukkan pH 8 manakala petang pH menunjukkan 9. Oleh itu anak ikan yang dibesarkan di kolam tanah telah dilatih di dalam keadaan yang ekstrem dari kecil dan ini menjadikan ia tahan lasak apabila dipindahkan ke dalam apa jua jenis kolam untuk pembesaran. Jika anak ikan ditetaskan dan diasuh di dalam kolam simen atau tangki polytank yang berada di dalam bangunan, ia tidak merasai keadaan yang ekstrem akibat faktor semulajadi seperti perubahan pH yang mendadak dan akan menjadi masalah apabila dipindahkan ke kolam ternakan lain untuk pembesaran.
Gambarajah menunjukkan benih ikan keli yang di asuh atau dibesarkan dalam kolam tanah

Tidak bahayakah jika air betukar hijau kerana cahaya matahari ?

Bahaya. Ini kerana kehadiran mikoralga memang terbukti dapat menyejukkan air terhadap ikan kerana ia dapat melindungi ikan daripada pancaran matahari. Mikroalga adalah sejenis tumbuhan. Ia mempunyai klorofil dan mampu menghasilkan oksigen pada siang hari TETAPI pada malam hari, tumbuhan akan menjadi seperti manusia di mana ia akan berespirasi iaitu mengambil Oksigen dan membebaskan Karbon Dioksida. Ini akan menyebabkan banyak oksigen akan ditarik daripada air ternakan pada malam hari dan ikan akan berada dalam keadaan tertekan kerana kekurangan oksigen ditambah dengan kehadiran karbon dioksida yang amat toksik kepada ikan.

Apa itu respirasi ?

Respirasi adalah proses di mana semua benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan mengambil oksigen dan glukosa yang akan digunakan oleh setiap sel untuk menjana tenaga. Bahan buangan sel adalah karbon dioksida, air. hasil respirasi ini adalah tenaga di mana tenaga digunakan oleh benda hidup untuk membuat kerja atau untuk kekal sihat.
Berikut adalah persamaan respirasi :

Apa perlu saya buat jika air bertukar menjadi hijau kerana matahari ?

Air hijau dikategaorikan sebagai "masalah air" yang diberi nama sebagai "GREEN CLOUDY". Oleh itu kita perlu menukar 25% air dan gantikan dengan air yang baru. Jika ada kelapangan kita boleh menukar semua air kolam dan gantikan dengan air yang baru. Kerana itulah penternak digalakkan mencuci atau mengganti air secara berkala iaitu dua minggu sekali. Penggunaan sistem RAS adalah lebih baik kerana ia memudahkan urusan untuk merawat air.

0 comments:

Post a Comment