Pages

Friday, 3 July 2009

Plankton

Plankton ditakrifkan sebagai sebarang organisma hanyut yang hidup dalam zon pelagik (bahagian atas) lautan, laut, dan takungan air tawar. Ia secara meluas dianggap sebagai salah satu organisma terpenting di dunia, kerana menjadi bekalan makanan kepada hidupan akuatik.
Bagi kebanyakan hidupan laut, plankton adalah makanan utama mereka. Plankton terdiri daripada sisa-sisa haiwan dan tumbuhan laut. Saiznya kecil sahaja. Walaupun sejenis benda hidup, plankton tidak mempunyai kekuatan untuk melawan arus, air pasang atau angin yang menghanyutkannya.
Plankton hidup di pesisir pantai yang mana ia mendapat bekalan garam mineral dan cahaya matahari yang mencukupi. Ini penting untuk membolehkannya terus hidup. Memandangkan plankton menjadi makanan ikan, maka tidak hairanlah, ikan banyak terdapat di pesisir pantai. Itulah sebabnya kegiatan menangkap ikan aktif dijalankan di kawasan itu.
Selain sisa-sisa haiwan, plankton juga terhasil daripada tumbuhan. Jika dilihat menerusi mikroskop, unsur tumbuhan alga dapat dilihat pada plankton. Antara hidupan laut yang memakan plankton adalah seperti batu karang, kepah, dan ikan paus.

0 comments:

Post a Comment