Pages

Thursday, 6 August 2009

Kuarintin Ikan Anda..



Kenapa kita kena kuarantin benih ikan yang baru sampai ke kolam kita.

1.Ikan penat – kena segarkan
2.Ikan luka luka – kena rawatkan
3.Ikan bawa parasit – kena hilangkan
4.Ikan terkejut – kena tenangkan

Lain ikan mempunyai cara yang berlainan dan tempuh masa yang berlainan untuk tujuan kuarantin. Setiap penternak juga mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan kuarantin. Tetapi semua penternak berpengalaman akan melakukan kuarantin tanpa mengira sama ada benih atau ikan yang hendak di ternak itu ikan liar atau ikan dari hatchery. Pengalaman mengajar supaya kuarantin di buat supaya ikan yang dibawa masuk akan dapat hidup dengan baik dan sihat.

Seperti Hj. Hanapiah Pengurus Dimensi Rebana Sdn. Bhd. kehilangan 8-9 ribu ekor ikan kerana tidak dikuarintin, saya juga terkena, nasib x banyak, tapi banyak la jugak dalam 2 ribu lebih ikan saya k.o. dan telah saya semadikan. Ini adalah kesilapan terbesar saya buat. Ingt semua.... Kuarintin itu perlu...

0 comments:

Post a Comment