Pages

Thursday, 6 August 2009

Cara Transfer Ikan Yang Baik



Ramai penternak menyatakan masalah mereka kepada saya. Antaranya ialah benih ikan mati dalam masa 2 minggu selepas ikan di hantar ketempat mereka untuk di ternak.Ini termasuk ikan tilapia, ketutu dan keli. Mengikut pengalaman, kematian in mengarah kepada 2-3 tiga punca.

1. penyediaan kolam yang tidak rapi menyebabkan ikan mengalami penyakit atau stress
2. tiada kuarantin atau teknik kuarantin yang salah
3. teknik pembungkusan dan teknik membawa ikan yang tidak sesuai.

Teknik pembungkusan yang sesuai untuk jenis jenis ikan adalah penting. Ikan akan mengalami tekanan yang amat tinggi semasa perjalanan. Mengunakan teknik yang betul termasuk mengunakan bekas yang sesuai,jumlah ikan yang sesuai untuk satu satu bekas dan jauh perjalanan, ubat anti biotik, ubat penenang, ais, garam, dan pengudaraan yang sesuai akan mengurangkan tekanan ini. Ikan juga mesti di kuarantin sebelum di bawa berjalan untuk menenangkannya dan mengurangkan jumlah kumbuhan yang akan terkumpul dalam bekas pembawa ikan.

Oleh itu adalah amat penting untuk kita bertanya cara agen penjual ikan tentang kaedah mereka membawa ikan agar ikan yang di hantar kepada kita tidak mati begitu saja. Dalam pada itu, penternak juga mesti mempelajari teknik menerima ikan ini supaya ikan yang di terima akan dapat diternak dengan baik.

0 comments:

Post a Comment