Pages

Thursday, 30 July 2009

PH Tester


Ari nie aku banyak cari tentang ph tester.. Memang susah nak dapat ph tester murah, paling murah aku dapat RM130 jenama HANNA.
Jenama nie memang bagus. Nie brochurenya : >>> KLIK SINI

Monday, 27 July 2009

Alat Ujian air..



Oxigen Test

Oxygen Test:

Digunakan bagi mengukur tahap oksigen terlarut dalam air.

Sukatan optima adalah pada kadar 3 ke atas



pH Test

pH Test:

Digunakan bagi mengukur tahap Keasidan dan kealkalian air untuk ternakan

Sukatan optima bagi menternak ikan keli adalah diantara 6.5 - 8.5



Ammonia Test

Ammonia Test:

Digunakan bagi mengukur tahap Ammonia yang terdapat dalam air.



pH Test Digital

Mini pH Meter:

Digunakan dalam mengukur tahap keasidan dan kealkalian air. Ianya lebih sesuai digunakan oleh penternak yang bercadang membuat secara komersil

Tahap optima ph adalah 6.5 - 8.5


Clorine Test

Clorine Test:

Digunakan bagi tujuan mengenalpasti kehadiran klorin

Friday, 24 July 2009

EM & cara penggunaannya..

Aplikasi EM untuk…

Pertanian -
1. Perlindungan untuk tumbuhan dan pertumbuhan yang sihat
2. Meningkatkan kesuburan tanah

Haiwan ternakan -
1. Pengurusan bau yang tidak menyenangkan (bau busuk)
2. Perlindungan untuk haiwan dan tumbesaran yang sihat

Akuakultur -
1. Menjernihkan air
2. Rawatan lumpur
3. Perlindungan untuk haiwan dan tumbesaran yang sihat

Persekitaran -
1. Pengurusan bahan buangan
2. Rawatan air buangan
3. Rawatan sisa buangan dapur
4. Sanitasi rumah
5. Menjernihkan air

Apa itu EM-1
- Campuran larutan kultur mikrob yang efektif
- Larutan berwarna coklat kekuningan
- Bau masam manis
- Nilai pH adalah 3.5

Aktiviti Bio larutan stok EM dalam keadaan stabil. Seperti sedang tidur

Larutan stok EM-1®
Bentuk cecair

•EMAS
•EM FPE
•EM5
•EMFRRW
•Baja (liquid fertilizer)

Bentuk pepejal
•EM Bokashi (aerobik)
•EM Bokashi (anaerobik)
•EM Kompos
•EM bebola lumpur
•Animals feed additive
•Bokashi feed
•Bokashi fertilizer

** Bokashi feed
Solid+Solid Fermentation
1. Makanan ikan (starter) ~ 20 kg + animal feed additive (aerobic) ~ 1kg
2.Makanan ikan (finisher) ~ 20 kg + animal feed additive (anaerobic) ~ 1kg

Liquid + Solid Fermentation
1) Makanan ikan (starter) ~ 20 kg + EMAS ~ 4 L
2) Makanan ikan (finisher) ~ 20 kg + EMAS ~4L

Kontena
Tidak sesuai jika seperti berikut
-Kontena yang digunakan untuk menyimpan minyak
-Kontena yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia
-Kontena yang kotor
-Kontena keluli / besi

Apa itu EMAS ?
EMAS

• EMAS adalah EM activated solution.
• EMAS adalah teknologi asas bagi setiap aplikasi.
• EMAS digunakan untuk banyak tujuan.
• EMAS lebih murah daripada larutan stok EM
• Kegunaan
• Pertanian, Haiwan ternakan, Akuakultur, Persekitaran, dll.

Bahan- bahan
Air 90 %
Larutan stok EM-1® 5 %
Molasses 5 %

Kadar
Cara menyediakan EMAS
Masa peyediaan
_Gunakan larutan stok EM yang berkualiti
_Gunakan molases yang berkualiti
_Gunakan air yang berkualiti
_Gunakan bekas kontena plastik yang bersih Masa fermentasi (penapaian)
_Kekalkan campuran dengan keadaan yang kedap udara
_Simpan campuran tanpa terdedah pada cahaya matahari langsung
_Simpan campuran pada suhu yang stabil

Apa itu EMFPE ?
• EMFPE adalah EMAS yang di fermentasi dengan pelbagai jenis tumbuhan.
• Maka ia mengandungi nutrien yang efisien.

Kegunaan
• Terutamanya dalam pertanian untuk penyemburan pada tanaman.

Cara penyediaan EMFPE
Masa penyediaan
_ Gunakan larutan stok EM yang berkualiti
_ Gunakan molasses yang berkualiti
_ Gunakan air yang berkualiti
_ Gunakan pelbagai jenis tumbuhan
_ Gunakan bekas kontena plastik yang bersih Masa fermentasi (penapaian)
_Simpan campuran dalam keadaan kedap udara
_Simpan campuran tanpa cahaya langsung
_Simpan campuran dalam suhu yang stabil

Tumbuhan yang dicadangkan
untuk EM-FPE Tumbuhan yang mempunyai rasa yang kuat dan nilai perubatan-
_Rumput-rumpai biasa
_Rumput
_Herba
_Clover
_Pucuk muda
_Buah (gugur)
_dll

• EM5 adalah EMAS yang ditapai dengan cuka dan etanol
Kegunaan
• Untuk kegunaan pertanian,terutama untuk menghalau serangga (juga digunakan pada haiwan ternakan.)

Cara untuk membuat EM5
Masa penyediaan
_ Guna stok larutan EM yang berkualliitii
_ Guna molasses yang berkualliitii
_ Guna aiir yang berkualiti
_ Guna bekas plastik yang bersih Masa penapaian
_ Simpan campuran dalam keadaan kedap udara
_ Simpan campuran di tempat tiiada cahaya matahari secara terus
_ Simpan campuran di bawah suhu yang stabil

EMFRRW
• Hampir sama dengan EMAS. EMFRRW adalah larutan aktif yang menggunakan air basuhan beras.
• Menggunakan semula air basuhan beras, EMFRRW adalah teknologi yang mesra alam.

Penggunaan
• EMFRRW boleh digunakan sama seperti EMAS.
Banyak kegunaan…
• Tetapi air basuhan beras adalah tidak mencukupi,ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan seisi rumah.

Cara pembuatan EMAS
Masa penyediaan
_ Guna stok larutan EM yang berkualiti
_ Guna molasses yang berkualiti
_ Guna air basuhan beras
_ Guna bekas plastik yang bersih Masa penapaian
_Simpan campuran dalam keadaan kedap udara
_Simpan campuran di tempat tiada cahaya matahari secara terus
_Simpan campuran di bawah suhu yang stabil

Apa itu baja (liquid fertilizer)?
• Penapaian sisa buangan akuakultur dengan EMAS + etanol + cuka + gula merah @ molasses + air
• Baja yang sangat berguna untuk tanaman bunga dan buah-buahan

Cara penyediaan baja (liquid fertilizer)
1. Masukkan sisa buangan akuakultur yang dipotong kecil ke dalam kontena isi ¼ dari bekas.
2. Larutkan 2kg gula merah dengan 2 L EMAS dan tuangkan ke dalam bekas.
3. Masukkan 2 L etanol ke dalam bekas.
4. Diikuti dengan 300 ml cuka masakan sebagai agen pereputan.
5. Selebihnya masukkan air ¾ dari bekas atau sehingga penuh bekas.
6. Penapaian selama 2 minggu selepas mengeluarkan bau masam manis dan sedia untuk digunakan.

Aplikasi baja (liquid fertilizer)
• Baja ini sedia digunakan selepas 2 minggu dari tarikh bahan disediakan. Selepas ia mengeluarkan bau masam manis.
• Selepas penyediaan bahan elakkan dari membuka bekas terlalu kerap. Kacau selepas hari ketiga penapaian. Setelah itu, larutan hendaklah dibiarkan sehingga 11 hari berikutnya.
• Cairkan baja dengan nisbah 1:1000 sebelum digunakan kepada tanaman.

Apa itu animal feed additive?
• Animal feed additive adalah penapaian bahan organik dengan EMAS
• Ia sesuai digunakan kepada ternakan akuakultur dan haiwan ternakan
• Merangsang tumbesaran yang lebih sihat kepada ternakan

Cara penyediaan animal feed additive
1. Campurkan 2 bahagian dedak padi kepada 1 bahagian habuk kayu. Digaul rata (bahan A)
2. Kemudian 2 L EMAS dan air dituangkan pada bahan A.
3. Kuantiti air dicampur sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kelembapan yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
4. Air dicampurkan sehingga kepalan boleh dibentuk dari campuran bahan A.
5. Penapaian selama 8-10 hari apabila ia berbau masam manis dan berkulat putih.

Aplikasi animal feed additive
• Semasa tempoh penapaian pantauan perlu dibuat setiap hari,pada hari pertama dan kedua jika terdapat kulat putih tumbuh dipermukaan campuran menunjukkan ia adalah dalam keadaan lembab yang sesuai dan EM sudah membiak
• Jika tiada kulat kenaikan suhu pada campuran juga menunjukkan EM sudah membiak. Jika suhu melebihi 50°C campuran perlu digaul semula.
• Selepas 8-10 hari ia sedia digunakan dan boleh dicampurkan pada makanan ternakan.

Apa itu Bokashi Fertilizer ?
• Baja yang terhasil daripada penapaian lumpur kolam dengan organic menggunakan EMAS.
• Ia sesuai digunakan untuk pembajaan kolam bagi tujuan akuakultur.
• Penggunaannya dapat meningkatkan Ph kolam, membaiki struktur tanah serta menggalakkan pertumbuhan fitoplankton dan zooplankton.

Cara penyediaan
• Campurkan lumpur kolam, tinja ayam, dan sekam padi serta gaulkan.
• Masukkan larutan EMAS ke dalam gula merah dan kacau sehingga sebati.
• Tuang sebatian tersebut ke dalam campuran di atas dan gaulkan.
• Masukkan air ke dalam campuran tadi dan gaul rata sehingga boleh dikepal.
• Kemudian, tutup adunan yang telah siap menggunakan guni.
• Biarkan selama seminggu dan setelah itu ia boleh digunakan.

Bokashi Feed
• Makanan ikan yang dicampurkan dengan EMAS dan Animal Feed Additive.
• Dibahagikan kepada 2 jenis penapaian :
- Solid Solid Fermentation (SS)
- Liquid Solid Fermentation (LS)

• SS terbahagi kepada 2 jenis :
- Menggunakan ‘starter’ dicampurkan dengan EMAS.
- Menggunakan ‘finisher’ dicampurkan dengan EMAS.

• LS terbahagi kepada 2 jenis :
- Menggunakan ‘starter’ dicampurkan dengan Animal Feed Additive.
- Menggunakan ‘finisher’ dicampurkan dengan Animal Feed Additive.

Makanan ‘starter/finisher’ – 20 kg EMAS – 4 L
• Gaul, kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk simpanan
• Sebelum diberi kepada ternakan gaulkan dengan makanan & simpan sementara
• Kadar campuran adalah 5% bokashi feed kepada makanan biasa.

Cara penyediaan SS
Makanan ‘starter/finisher’ – 20 kg
• Gaul, kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk simpanan
• Sebelum diberi kepada ternakan gaulkan dengan makanan & simpan sementara
• Kadar campuran adalah 5% bokashi feed kepada makanan biasa. Animal Feed Additive – 1kg

Penyakit Ikan & Rawatan Penyakit Ikan

DEFINASI PENYAKIT ?
• Perubahan samada dari segi fizikal dan kelakuan dari keadaan normal pada tak normal yang disebabkan oleh faktor-faktor yang mungkin diketahui ataupun tidak diketahui.
• Gangguan fungsi organ dalaman

KENAPA IKAN SAKIT ?
•Alam akuatik yang tidak sesuai
•Keracunan air dan makanan
•Tidak mencukupi makanan/makanan kurang zat
•Cara penangkapan atau pengendalian
•Kuman (parasit, bakteria, kulat/

DARI MANA AGEN PENYAKIT DATANG ?
•Air
•Sedimen
•Makanan
•Haiwan akuatik lain/burung
•Manusia
•Peralatan

BAGAIMANA IA MASUK PADA IKAN ?
• Melalui insang
• Melalui kulit
* Garis deria
* Kecederaan
• Makanan

BAGAIMANA PENYAKIT IKAN BERLAKU ?
• Berlaku apabila ikan mengalami tekanan akibat dari faktor-faktor berikut :
a. DO kurang dari 3.0 mg/l
b. pH kurang dari 6.0 dan > 8.5
c. Ammonia > 1.0 ppm
d. Nitrat > 1.0 ppm
e. Nitrit > 0.02 ppm
f. Suhu <>
• Kekurangan makanan seimbang atau makanan yang berkualiti.
• Baka yang kurang baik
• Pertukaran air yang tidak sempurna

BAGAIMANA PENYAKIT IKAN BERLAKU ?
• Penyediaan kolam yang tidak betul
• Persekitaran yang buruk
. Kelemahan pengurusan
• Faktor fizikal (suhu,oksigen)
• Faktor kimia (Pencemaran air, perubahan Mutu air)
• Faktor pengurusan (kadar pelepasan, pemberian makanan & pengendalian)


Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti berikut:
Alam sekitar
Pathogen
Ikan

PENYAKIT
•Spesis
•sistem pertahanan badan
•Umur
•Tempoh ternakan
•Stress
•Kualiti benih
•Genetik
•Kekurangan zat makanan
•Berjangkit
•Virus
•Bakteria
•Fungi
•Parasit
•Tak berjangkit
•Pemakanan
•Ketakabnormalan
•Ketoksikan

PERANAN ‘STRESS’ DALAM KEJADIAAN PENYAKIT
Stress –
• merupakan pencetus (inducer) utama kejadian penyakit

• satu proses berlakunya rangsangan fisiologi didalam badan semasa ikan itu cuba untuk mengekalkan atau mendapatkan semula keseimbangannya.rus)

PENYEBAB ‘Stress’
• Tekanan “Chemical” _ Mutu air yang merosot;
Oksigen terlarut rendah, perubahan pH mendadak _
Pencemaran;pencemaran Tekanan Pengurusan
•Pengendalian
•Pengangkutan dari sisa-sisa industri; kimia-kimia rawatan _
Komposisi pemakanan; diet tak seimbang _
Penimbunan bahan-bahan buangan metabolit ;
ammonia & nitrit
•Rawatan penyakit

PENYEBAB ‘Stress’
_ Tekanan Fizikal
• Suhu – salah satu faktor utama mempengaruhi system pertahanan ikan

_ Tekanan Biologikal
• Kepadatan tinggi
• Spesies ikan lain aggresif
• Mikroorganisma patogenik /non
• Cahaya
• Bunyi
• Gas-gas terlarut patogenik
• Macroorganisma parasit dalam dan luaran

APAKAH PERBEZAAN IKAN SAKIT & IKAN SIHAT???
•Cergas - Lemah/tidak aktif
•Makan seperti biasa - Tidak makan/kurang selera
•Berenang seperti biasa - Berenang pantas /berpusingpusing
•Mengesel badan •Hilang keseimbangan
•Mulut dan insang terbuka luas & cepat bernafas

APAKAH KESAN-KESAN PENYAKIT ??
_ Kematian
_ pembantutan tumbesaran & Perubahan tempoh Ternakan yang panjang
_ nisbah pertukaran Makanan yang rendah
_ tahap kadar kepadatan Maksimum yang rendah
_ kos penghasilan yang Tinggi


TANDA-TANDA TERNAKAN MENGHADAPI MASALAH PENYAKIT DAN PERSEKITARAN
_ Penternak perlu:
• Menentukan ciri-ciri abnormal spesies ikan yang diternak dari segi morfologi dan kelakuan berbanding ikan normal
• Peka & prihatin terhadap sebarang perubahan kelakuan ternakan & mengenalpasti persekitaran yang boleh mempengaruhi kesihatan ikan.
• Cekap dalam memberi keputusan serta mengambil tindakan dan rawatan segera sekiranya masalah dikesan.


PERBEZAAN SIMPTOM YANG DITUNJUKKAN AKIBAT MASALAH PATOGEN


PERBEZAAN SIMPTOM PUNCA MASALAH PERSEKITARAN YANG BERLAINAN


JENIS PENYAKIT YANG BIASA MENYERANG IKAN AIR TAWAR
1. Jangkitan Ichthyophthirius multifilis.
_ Dari kumpulan protozoa – ich.
_ Boleh menjangkiti dan membahayakan ikan dlm masa yang singkat.
_ Boleh menyebabkan kematian yg serentak.
_ Menyerang semua jenis ikan airtawar- rega & benih.
_ Menyerang semasa ikan lemah & pd julat suhu yg berbeza.
_ Mudah menjangkiti ikan semasa suhu rendah.
_ Bintik-bintik putih pada seluruh badan ikan.
_ Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit bintik putih.

1.1 Morfologi dan biologi.
_ Bentuk bulat dan bersilia disekelilingnya.
_ Makronukleus yg besar berbentuk C atau ladam kuda.
_ Dapat dilihat jelas di bawah mikroskop.
_ Menyerang kulit, sirip dan insang.
_ Bintik-bintik putih pada badan.
_ Pembentukan sista pada insang.
_Berada pd kulit sehingga matang sebelum meninggalkan perumah & berlindung di subtratum dasar kolam.
_ Membiak secara belahan dua & menghasilkan beratus-ratus larva yg dikenali sebagai tomit.
_ Tomit bersedia menyerang mangsa.
_ Tomit – anak parasit yg berbentuk bujur & aktif mencari mangsa untuk mengulangi kitar hidupnya ( 3 – 4 hari ).

1.2 Tanda-tanda penyakit.
_ Ikan tiada selera makan.
_ Ikan akan berenang perlahan, tidak tentu arah & kadangkala berenang pantas di permukaan air.
_ Menggeselkan badan pada batu, kayu dan objek keras kerana gatal.
_ Terdapat bintik-bintik putih pada badan ikan.

1.3 Rawatan.

1.4 Pencegahan.
_ Jangan gunakan peralatan yg telah digunakan di kolam yg telah dijangkiti.
_ Peralatan perlu dirawat sebelum digunakan semula.
_ Pastikan suhu air kolam sentiasa panas.
_ Kolam-kolam yg telah dijangkiti perlu disediakan dgn teliti.
_ Pengapuran dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan sehektar perlu dilakukan.

2. Jangkitan Trichodina.
_ Menjangkiti semua jenis ikan spt Kap Kepala Besar, Tilapia,
Kap Rumput, Lee Koh dan Lampam Jawa.
_ Cepat merebak di kolam yg berlaku kemerosotan mutu air.
_ Boleh menyebabkan kematian yang tinggi.

2.1 Morfologi dan biologi
_ Berbentuk bulat dan bersilia disekelilingnya.
_ Menyerang ikan pd bahagian kulit dan insang ikan.
_ Dentikelnya bulat dan berangkai seperti cincin yg merupakan ciri utama dalam pengkelasan protozoa ini.
_ Dentikelnya boleh dilihat dgn jelas dari pandangan ventral melalui mikroskop.
_ Dari sisi bentuknya seperti loceng atau topi.
_ Pergerakkannya sangat pantas jika dilihat di bawah mikroskop.
_ Cepat membiak dgn cara pembiakan berganda.
_ Mudah merebak dan menjangkiti ikan.

2.2 Tanda-tanda penyakit.
_ Ikan menjadi lemah & menggeselkan badannya pd batu atau kayu akibat gatal.
_ Terdapat yang berlebihan pada kulit dan insang.
_ Ikan akan berenang pantas dan kadang kala berpusing ligat.

2.3 Rawatan.

2.4 Pencegahan.
_ Pastikan benih bebas dari jangkitan penyakit ini.
_ Jalankan rawatan prapenibaran dgn merendam benih ke dalam larutan garam + formalin pada kadar 2000 pm + 10 ppm selama 30 minit.
_ Periksa parameter mutu air dan pastikan mutunya sentiasa baik dan memuaskan.
_ Sisa-sisa makanan yang berlebihan dalam tangki asuhan benih perlu dibersihkan agar tidak mengotorkan air.

3 Jangkitan Chilodonella.
_ Berpunca dari parasit Chilodonella sp.
_ Sasarannya ialah kulit dan insang.
_ Menyerang semua jenis ikan.
_ Mangsa utamanya ialah benih ikan.
_ Mudah merebak di kolam atau tangki yang kotor.

3.1 Morfologi dan biologi.
_ Berbentuk bulat melonjong atau bentuk jantung manusia.
_ Mempunyai beberapa baris silia yg selari mengikut sisi badan parasit.
_ Biasanya dikesan bersama parasit lain.
_ Membiak dengan cepat mengikut cara pembiakan “asexual atau sexual”.

3.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Ikan kelihatan gelisah, menggesel-geselkan badan pada benda keras kerana gatal.
b. Kulit dan insang yang dijangkiti berwarna kelabu keputihan.

3.3 Rawatan.
3.4 Pencegahan.
a. Pastikan mutu air sentiasa berada dalam keadaan baik.
b. Kapur kolam yang dijangkiti dengan kapur abu panas semasa penyediaan kolam.
c. Rawat benih dengan campuran garam dan formalin pada kadar 1000 ppm + 25 ppm sebelum dilepaskan ke dalam kolam.

4. Penyakit “Velvet”
_ Disebabkan oleh parasit Piscoodinium pilluere.
_ Dahulu dikenali sebagai Oodinium sp.
_ Menjangkiti ikan ternakan terutamanya Lampam Jawa.

4.1 Morfologi dan biologi.
_Berbentuk bulat dan bujur.
_Trophont parasit ini berbentuk spera atau pyriform (buah lai).
_Tidak bergerak.
_Berwarna coklat atau hitam.
_Sitoplasmanya mempunyai bintik-bintik granul terapung.
_Berbeza saiz mengikut peringkat kitaran hidup.
_Tropphont mempunyai struktur sitoplasma yg berakar dan berfungsi sebagai organel pelekat pd tisu perumah.
_Struktur ini jelas kelihatan di bawah mikroskop elektron dan digelar sebagai “rhizoid”.
_Rhizoid ini akan menembusi tisu dan merosakkannya terutama pada insang dan kulit kerana penembusan organel-organel seperti akar ke atas tisu tersebut.
_Jangkitan pada insang akan menyukarkan pernafasan.
_Jangkitan pada kulit akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bakteria.
_Trophont-trophont yg melekat pd ikan akan matang dengan mudah pada suhu yg sesuai ( 26 – 27° C ).
_Jangkitan akan mudah berlaku dan merebak dengan cepat.

4.2 Tanda-tanda penyakit.
_ Ikan tiada selera makan, lemah dan warna bertukar menjadi coklat terutamanya di bhg. Belakang kepala hingga ke ekor.
_Insang ikan menjadi pucat.
_Bahagian kulit keseluruhannya diselaputi oleh lendir yang berlebihan.
_Ikan yg dijangkiti timbul dan terapung di permukaan air, tercungap-cungap di saluran air masuk dan mudah ditangkap musuh.
_ompok-tompok berwarna merah kelihatan pd pangkal sirip dan juga bahagian perut kerana jangkitan sekunder oleh bakteria.
_Garisan deria pd badan lebih jelas kelihatan kerana tandatanda lubang lebih besar dan sisiknya mudah tanggal.
_Ikan tidak bermaya dan badannya lembik apabila disentuh.

4.3 Rawatan.
a. Di peringkat awal jangkitan, ikan ternakan boleh dirawat dengan menggunakan 0.4 – 0.5 ppm CuSO4.
b. Bagi induk lampam jawa, rawatan yg sama boleh dilakukan pd dos 0.5 – 0.9 ppm, 2 – 3 hari berselang seli selama 2 – 3 minggu.

4.4 Pencegahan.
a. Melupuskan anak benih atau ikan-ikan yg dijangkiti oleh penyakit agar tidak merebak.
b. Benih yg akan dilepaskan ke dalam kolam perlu diberi rawatan dengan CuSO4 pd dos 0.3 ppm selama sekurangkurangnya 1 hari.

5. Jangkitan Ichthyopbodo.
_ Disebabkan oleh protozoa yg berflagela.
_ Dipanggil Ichthyopbodo sp.
_ Mudah menyerang ikan – kulit dan insang.
_ Menyerang anak ikan di kolam asuhan.
_ Mudah dikenalpasti di bawah mikroskop.

5.1 Morfologi dan biologi.
_ Protozoa yg halus tetapi aktif bergerak.
_ Saiznya sebesar sel darah merah dan berbentuk leper, bulat atau seperti buah pinggang atau lai.
_ Melekat pd ikan menggunakan cytostome.
_ Merupakan parasit obligate & kitar hidupnya bergantung pd satu perumah yg sama.
_ Cepat membiak dan sering menyebabkan ikan mengalami ketegasan.

5.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Ikan-ikan yg dijangkiti akan menunjukkan badannya terdapat selaput putih kelabu atau kebiruan yg meliputi bahagian kulit atau insang disebabkan oleh lendir yg berlebihan.
b. Bahagian kulit atau insang berwarna kemerah-merahan akibat jangkitan sekunder oleh bakteria.

5.3 Rawatan.

6. Jangkitan henneguya.
_ Parasit ini dinamakan Henneguya sp.
_ Didapati menjangkiti ikan ketutu.
_ Juga dikesan menyerang ikan sepat siam yg terdapat di sungai-sungai dan taliair.
_ Spora-sporanya terdapat di sista-sista yang terlalu kecil di kulit dan insang ikan.

6.1 Morfologi dan biologi.
_ Parasit ini mudah dikenali kerana sporanya mempunyai dua kutub kapsul.
_ Pangkalnya memanjang & tirus seperti ekor.
_ Sista-sistanya terdapat pd kulit, sirip dan insang.

6.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Anak-anak ikan yg dijangkiti akan menjadi lemah dan mudah mati.
b. Kadar tumbesaran ikan adalah tidak memuaskan.
c. Insang ikan menjadi pucat dan terdapat bintik-binrik putih jika banyak sista.
d. Terdapat bintik-bintik halus yg sukar dikesan di kulit dan sirip.

6.3 Rawatan.
_ Biologi parasit ini masih lagi diperingkat kajian.
_ Kitaran hidupnya juga belum diketahui dengan tepat.
_ Tiada rawatan yang sesuai boleh dilakukan.

6.4 Pencegahan.
a. Kolam yg dijangkiti oleh parasit ini hendaklah dikeringkan & dikapur dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan/ha.
b. Pastikan benih-benih ikan yang hendak dilepaskan ke dalam kolam bebas dari parasit ini.
c. Pastikan induk-induk ikan yang akan digunakan dalam pembiakan diperiksa dan bebas dari parasit ini. Penyakit yg disebabkan oleh Parasit Helminth-Trematoda(Fluke).

7. Monogenea.
_ Parasit ini terdiri dari cacing helminth yg kecil & membahayakan ikan ternakan.
_ Disebarkan oleh ikan-ikan liar yg memasuki kolam.
_ Berbagai spesies dlm kelas Monogenea dan menyerang ikan ternakan terutamanya benih ikan.
_ Dua spesies yang sering ditemui iaitu
a. Dactylogyrus sp.
b. Gyrodacylus sp.

7.1 Morfologi Monogenea secara am.
_ Bersaiz dpd mikroskopik hingga sederhana.
_ Mengulangi kitaran hidupnya pd satu perumah sahaja.
_ Bentuk anak yg belum matang tidak banyak berbeza dgn yg matang.
_ Organ pelekat dipanggil haptor untuk bergantung pd perumah.
_ Haptor digunakan untuk mengenalpasti spesies Monogenea.
_ Terdapat 14 – 16 deduri(hooklets) disekeliling haptor & 2 – 4 duri besar atau anchor ditengah-tengah haptor.
_ Terdapat spesies yg bertelur seperti Dactylogyrus sp. Dan spesies yang beranak seperti Gyrodacthylus sp.
_ Ada spesies yg hanya menjangkiti insang tetapi ada juga yg menjangkiti kulit,sirip,sesungut ikan dan pada bahagian bawah kepala.

8. Gyrodacthylus sp.
_ Sering menyerang ikan ternakan terutamanya semasa peringkat benih.
_ Menyerang semua jenis ikan.
_ Sasaran utama ialah keli semasa peringkat rega atau benih-benih yg diasuh di dalam kolam.
_ Mudah berjangkit pd ikan-ikan liar.
_ Menyebabkan kematian jika jangkitannya serius pada anakanak ikan.

8.1 Morfologi & biologi.
_ Pd haptor terdpt duri besar (anchor) yg tercantum disebabkan oleh batang dorsal & ventral.
_ Tepi haptor ada 16 deduri, tiada eye-spot & viviparous.
_ Anak yg lahir sudah sedia untuk menjangkiti ikan.

8.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Anak-anak ikan yg dijangkiti akan menjadi lemah dan tidak mahu makan.
b. Warna badan menjadi pucat dan kurus.
c. Tanda-tanda reput sirip, sesungut dan sering kali di bahagian bawah kepala menjadi merah.

8.3 Rawatan.


8.4 Pencegahan.
a. Hindarkan penggunaan air yang disyaki mempunyai cacing ini.
b. Pastikan induk-induk atau benih ikan yg dilepaskan ke dalam kolam tidak dijangkiti oleh parasit ini.

8.5 Dacthylogyrus sp.
_ Sering menjangkiti rega & benih ikan spt kap dan ikan berduri spt patin dan keli.
_ Ikan yg diternak secara intensif mudah dijangkiti.
_ Seringkali dijumpai bersama-sama parasit lain.
_ Menjangkiti insang ikan.
_ Jika menjangkiti benih-benih ikan, kematian yang tinggi dan serentak akan berlaku.

8.6 Morfologi dan biologi.
_ Tidak banyak berbeza dgn Gyrodacthylus sp.
_ Untuk kenalpasti saiz haptor, anchor & deduri perlu diperiksa.
_ Mempunyai 2 pasang mata dan ianya bertelur.
_ Telurnya menghasilkan larva yg bersilia dan terus menjangkiti ikan yg sama atau ikan lain.
_ Jangkitan secara tidak langsung ialah melalui air yg mempunyai larva ini.

8.7 Rawatan & Pencegahan.
_ Sama seperti rawatan & pencegahan yang diberi kepada Gyrodactylus sp.

9. Trematod Digenea.

9.1 Morfologi dan biologi.
_ Endoparasit atau parasit dalaman.
_ Badanya leper, tidak bersegmen dan berbentuk bujur.
_ Ada 2 organ penghisap iaitu oral sucker pd pangkal hadapan & ventral sucker pd pangkal belakang.
_ Terdapat juga parasit yg tidak mempunyai salah satu penghisap tersebut.
_ Menyerang semua jenis ikan kap.

9.2 Kitar hidup.
_ Kitar hidupnya adalah kompleks.
_ Melibatkan sekurang-kurangnya satu perumah perantaraan.
_ Melibatkan perumah invertebrata seperti moluska dan krustasea.
_ Cacing digenea yg matang adalah hemaprodit.
_ Telor akan menetas & mencari perumah perantaraan (siput) & bertukar menjadi larva(redia) & keluar dari siput sebagai sekaria.
_ Peringkat ini menembusi ikan & berpindah ke organ lain seperti mata, insang, otot, hati dan sebagainya serta menetap sebagai metasekaria.
_ Peringkat ini akan matang di dalam perut burung yang memekan ikan yang dijangkiti.

9.3 Tanda-tanda penyakit.
a. Sista-sista metasekaria (berwarna puti kekuningan) di otot, mata dan insang yg kadang kala jelas kelihatan.
b. Ikan tidak menunjukkan sebarang perubahan besar dan ketara kecuali buta, jika sista di mata manakala isi kulit terbonjol jika terdapat di otot.
c. Tiada tanda-tanda spesifik yg dpt dipastikan kecuali jika sista metaserkaria terlalu banyak terdapat serentak.
d. Perlu dibedah siasat untuk melihat sista di organ dalaman.

9.4 Pengawalan dan pencegahan.
a. Kolam dikeringkan dan hapuskan semua jenis siput sebelum memasukkan air dan melepaskan benih ikan.
b. Mengurangkan populasi siput di dalam kolam dengan menggunakan kupram sulphate pd dos 0.5 ppm setiap bulan.
c. Memastikan benih yang dilepaskan tidak dijangkiti oleh metaserkaria digenea.
d. Mengurangkan kemasukkan burung-burung yg memakan ikan di kawasan kolam. Kumpulan Krustasia.

10. Penyakit Lernaea.
_ Disebabkan oleh parasit Lernaea sp.
_ Dikenali juga sebagai cacing sauh.
_ Menjangkiti semua jenis ikan terutamanya ikan kap.
_ Jangkitan yg serius akan menyebabkan badan bintik-bintik merah terutamanya pd badan, sirip dan kepala.
_ Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bakteria dan memburukkan lagi keadaan ikan.

10.1 Morfologi dan biologi.
_ Parasit ini boleh dilihat dgn mata kasar.
_ Berukuran 1.0 cm & terdapat 2 pundi telur dihujungnya.
_ Organ pelekat berbentuk seperti sauh & tidak kelihatan kerana terbenam di tisu badan.
_ Menjangkiti ikan pd bahagian badan, insang dan kepala.
_ Bentuk badan & organ pelekat menyebabkannya ia dikenali sebagai cacing sauh.
_ Parasit betina sahaja yg menyerang ikan.
_ Kitar hidupnya memakan masa selama sebulan dan bermula dpd telur yg terdapat pd pundi.
_ Telur ini bertukar menjadi nuplius semasa dlm pundi lagi.
_ Menetas sebagai nuplius juga.
_ Nuplius hidup bebas & bertukar kenjadi larva kopepoda yg menjangkiti ikan.
_ Larva kopepoda ini mempunyai beberapa peringkat di mana akhirnya proses mengawan berlaku.
_ Parasit betina akan menjangkiti ikan & matang serta bertelur pd 2 pundi dihujungnya.

10.2 Rawatan.
a. Rawatan ditangki menggunakan dipterex pada kadar 0.2 ppm berterusan selama 3 hari.
b. Rawatan di kolam menggunakan dipterex pada kadar 0.5 ppm sekali seminggu selama 4 minggu berturut-turut.

10.3 Pengawalan dan pencegahan.
_ Kolam yg dijangkiti parasit ini perlu dikeringkan dan di kapur dgn kapur abu panas pd kadar 10 tan/ha.
_ Periksa benih sebelum dilepaskan.

11. Argulus.
_ Argulus sp. adalah sejenis branchiura dlm kumpulan krustasia yg merbahaya kpd ikan ternakan.
_ Lebih dikenali sebagai kutu ikan.
_ Mnjangkiti semua jenis ikan pd semua peringkat.
_ Ikan menjadi lemah & terdapat penyakit sekunder yg disebabkan oleh bakteria dan kulat.

11.1 Morfologi dan biologi.
_ Berbentuk leper,bulat sedikit dan saiznya kurang 1 cm.
_ Menjangkiti kulit, sirip & insang ikan.
_ Terdapat sepasang duri & penyedut sebagai mulut.
_ Mulut akan menembusi tisu ikan yang dijangkiti.
_ Kitar hidupnya secara terus di mana telurnya menetas dalam air menjadi nauplius yg berenag mencari magsanya dalam masa 2 – 3 hari.

11.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Ikan kelihatan lemah dan hilang warna keasliannya,pudar atau tidak berkilat.
b. Ikan tidak akan makan dan kemungkinan tumbesarannya terbantut.
c. Tompok-tompok kemerah-merahan mungkin terdapat di pangkal-pangkal sirip dan juga di kulit kerana jangkitan sekunder.
d. Ikan berenang tidak tentu arah atau melompat dalam air dan juga terdapat lendir yang berlebihan.

11.3 Rawatan.
_ Rawatan dalam tangki gunakan dipterex pada kadar 0.25 ppm berterusan selama 3 hari.
_ Rawatan dalam kolam gunakan dipterex pada kadar 0.5 ppm sekali seminggu selama 4 minggu berturut-turut.

11.4 Pengawalan.
_ Induk atau benih hendaklah diperiksa dahulu sebelum dilepaskan ke dalam kolam.
_ Sediakan kolam yang hendak digunakan secara sistematik sebelum dimasukkan air dan ikan.
_ Saluran air masuk dipastikan tidak membawa ikan-ikan liar yang berkemungkinan terdapat argulus.
_ Peralatan yg digunakan seperti pukat, jala, tangguk dan sebagainya dikeringkan sebelum digunakan.

KAEDAH MENGIRA DOS UBAT UNTUK
MERAWAT PENYAKIT IKAN
_ Dos ubat untuk merawat ikan biasanya digunakan dalam unit ppm ( parts per million ).
_ 1 mg ubat dilarutkan ke dalam 1 liter air menjadi 1.0 ppm.
_ Jika 5 ppm – bermakna 5 mg ubat dilarutkan ke dalam 1 liter air.
_ Isipadu air samada dalam tangki atau kolam perlu ditentukan terlebih dahulu.
_ Isipadu air diukur dalam unit liter atau ton.
_ Alat penimbang mikro atau micro balance perlu ada untuk menimbang ubat-ubatan yang akan digunakan.

Contoh 1.
_ Ikan tilapia merah yang terdapat dalam sebuah tangki fibreglass yang berukuran 10 meter panjang x 5 meter lebar dan 1.2 lebar telah dijangkiti penyakit bintik putih yang disebabkan oleh parasit Ichthyopthirius multifilis. Dalam air adalah 1.0 meter. Ubat yang dicadangkan ialah Kalium Permangganat dengan dos 2.0 ppm. Kirakan jumlah isipadu air dan jumlah ubat yang di perlukan.


Langkah 1 : Mengira isipadu air.

Isipadu air = 10.0 m x 5.0 m x 1.0 m
= 1000 cm x 500 cm x 100 cm
= 50,000,000 cm 3
= 50,000,000/1,000
= 50,000 liter.


Langkah 2 : mengira jumlah ubat yg perlu digunakan.

Dos ubat yg dicadangkan ialah 2.0 ppm KMnO4

1 liter air = 2.0 mg ubat digunakan.
50,000 liter air = 50,000 x 2.0 mg/1 = 100,000 mg
= 100,000 mg/1000
= 100 gram ubat KMnO4

Contoh 2: Cara mengira isipadu air di dalam kolam. Sebuah kolam seluas 0.2 hektar dan dalam airnya 1.0 meter mengandungi ikan Lampam Jawa yang dijangkiti Argulus
sp. Dos ubat untuk merawat pentakit ini ialah Dipterex pada dos 0.3 ppm.

1 hektar = 10,000 meter persegi.
0.2 hektar = 10,000 x 0.2
= 2,000 meter persegi.

Isipadu air kolam = 2,000 x 1.0 m
= 2,000 m. padu.

1 m.padu = 1,000 liter
2,000 m.padu = 2,000 x 1,000/1
= 2,000,000 liter.

Dos ubat ialah 0.3 ppm Dipterex.

1 liter air = 0.3 mg dipterex
2,000,000 liter air = 2,000,000 x 0.3 mg
= 600,000 mg

1,000,000 mg = 1.0 kg
600,000 mg = 600,000 x 1/1,000,000
= 0.6 kg Dipterex.

Contoh 3 :
Cara mengira isipadu air dalam tangki menggunakan ubat kimia cair. Sebuah tangki berukuran 100 cm x 120 cm x 60 cm mengandungi ikan keli dan telah diserang parasit argulus.Ubat yg diperlukan ialah 20 ppm formalin.

Isipadu tangki air = 120 cm x 100 cm x 50 cm( dlm air ).
= 600,000 cm3

1,000 cm3 = 1 liter air
600,000 cm3 = 600,000 x 1 /1,000
= 600 liter air.

20 ppm formalin bermaksud 2.0 ml formalin digunakan
untuk 100 liter air.

100 liter air = 2.0 ml formalin
600 liter air = 600 x 2.0/100
= 12 ml formalin.

PEMERIKSAAN IKAN UNTUK MENGESAN PARASIT

Pemeriksaan bahagian luar ikan.
a. Ikan yg hendak diperiksa seeloknya masih hidup. Jika sudah mati sekurang-kurangnya kurang dari 6 jam dan tidak berbau. Sekurang-kurangnya 5 – 10 ekor ikan diperiksa bagi satu jenis.

b. Pastikan ikan masih basah/segar & letakkan di atas talam pembedahan. Catitkan berat, saiz,umur, jantina dan telitiseluruh tubuh ikan.

c. Bahagian badan & mulut serta saluran tekak diperiksa untuk mengesan parasit & sista. Ambil lendir di badan untuk diperiksa di bawah mikroskop.

d. . Sirip dan insang diperiksa secara kasar & kemudiannya dipotong atau diasingkan untuk diperiksa di bawah mikroskop.

e. Bahagian kaviti insang juga diperiksa secara kasar di bawah mikroskop untuk mengesan parasit.

Pemeriksaan bahagian dalam ikan.
a. Organ yg perlu diperiksa ialah jantung kerana jantung dan darah mudah berubah mengikut keadaan. Calitan darah diperiksa untuk mengesan parasit darah Trypanosomes.

b. Rongga badan dibuka & diperiksa secara kasar. Periksa hati, limpa, buah pinggang, hempedu dan pelampung.

c. Mata, tulang belakang dan otak juga diperiksa.

d. Otot yang telah dihancurkan juga diperiksa.

e. Usus juga diperiksa.

Peralatan yg diperlukan untuk memeriksa ikan.
a. Mikroskop yg mempunyai pembesaran sehingga 40 kali.

b. Slaid dan penutup slaid kaca.

c. Alat-alat pembedahan seperti pisau, gunting dan sebagainya.

d. Talam pembedahan untuk meletakkan ikan.

e. Kertas tisu

f. Sarung tangan getah.

KAEDAH RAWATAN IKAN

1. Mandian.

7.1.1 Mandian dengan masa yang ditetapkan.
_ Ubat dimasukkan ke dalam unit pemeliharaan ( tangki ) pada jangkamasa yg ditetapkan seperti 1 – 3 jam.
_ Air rawatan kemudiannya diganti dengan air bersih.
_ Pengawasan perlu diberi terhadap ikan yg sedang dirawat.
_ Jika terdapat tanda tidak normal spt ikan mengalami tekanan, tindakan segera seperti menambah air ke unit rawatan perlu dilakukan.
_ Pengudaraan yg baik perlu diberikan kerana ia akan menambahkan kandungan oksigen larut dan membantu ikan dalam proses pemulihan penyakit.

2. Rendaman berterusan.
_ Selalunya digunakan untuk rawatan di kolam atau di unit takungan ikan yang besar.
_ Penggunaan dos ubat adalah di tahap yg rendah untuk jangkamasa yg panjang (2 – 3 hari hingga 1 minggu)
_ Ubat dibiarkan meresap secara tersendiri.
_ Pada amnya salah satu cara yang selamat digunakan.

3. Celupan ( Dip ).
_ Memerlukan dos ubat yang tinggi dalam jangkamasa yang pendek.
_ Cara ini dibimbangi kerana boleh membunuh ikan kerana dos ubat yang tinggi.
_ Sesuai untuk bilangan ikan yang sedikit.
_ Ikan yg hendak dirawat dimasukkan ke dalam jaring & dicelupkan ke dalam larutan ubat selama 15 – 45 saat mengikut jenis ubat,tahap kepekatan dan spesies ikan.

4. Sapuan ( Swabbing ).
_ Sesuai untuk merawat ikan yg dijangkiti kulat.
_ Ubat akan disapu pada bahagian yg dijangkiti.
_ Sesuai untuk ikan yang bersaiz besar dalam jumlah yang kecil terutamanya ikan yang berharga.
_ Tidak sesuai untuk ikan kecil dari jumlah yang banyak.
_ Bahan yang sering digunakan ialah “Methylene blue “.
_ Ubat ini pada dos 2 – 3 ppm diserapkan pada kapas dan disapukan pada tompok-tompok badan yang dijangkiti kulat atau pada luka yang terdapat pada badan.

RAWATAN ANTIBIOTIK
_ Menggunakan EMAS + Bawang Putih
_ Cara pembuatan larutan :
- 10 Liter EMAS + 1Kg Bawang Putih (diketuk) menghasilkan 11 liter larutan.
- Rendam selama 2 malam.
_ Cara Penggunaan :
1. Masukkan larutan EMAS + Bawang Putih kedalam kolam sebanyak 45 Liter/500 M2
2. Boleh juga direndamkan dengan makanan ikan sebelum diberi makan

MENDIAGNOSA MASALAH DENGAN TEPAT
_ Penternak berpengalaman dapat tentukan punca masalah; mutu air atau penyakit.
_ Apa yang perlu di periksa??
• Bagaimana kelakuan ikan
• Saiz ikan yang sakit
• Adakah terdapat bintik-bintik, lesi atau tompok-tompok kemerahan
• Adakah terdapat perubahan dalam warna air
_ Ambil ikan sakit dan air kolam & hantar untuk dianalisa

LANGKAH JANGKA PENDEK
1. Elakkan penyakit dari merebak dengan mengambil tindakan segera merawat.
2. Oksigen terlarut rendah; tambah pengudaraan.
3. Jika disebabkan kualiti air, tukar air
4. Kurangkan pemberian makanan/tidak beri makan (2-3 hari) untuk elakkan mutu air merosot.
5. Buang ikan yang sakit/serius.
6. Asingkan ikan yang terdapat tanda-tanda sakit dan rawat dengan air tawar/formalin.
7. Jual ikan yang capai saiz pasaran
8. Buat rawatan awal menggunakan formalin untuk selama 5 – 7 hari sebagai disinfeksi dan juga rawatan parasit

LANGKAH JANGKA PANJANG
1. Jalankan rawatan yang disyorkan setelah penyakit dikenalpasti
2. Jalankan langkah kawalan yang dinasihatkan
3. Jalankan pengurusan yang mantap/sistematiktingkatkan kebersihan
4. Tentukan kemasukkan benih yang sihat & pastikan kualiti air sentiasa diperiksa dari masa ke semasa

MENGAPA PERLU RUJUK MAKMAL DIAGNOSA ?
_ Mengetahui punca sebenar masalah kesihatan dan merawat penyakit yang dikenalpasti.
_ Memberi langkah rawatan dan pengawalan yang lebih berkesan.
_ Memperbaiki sistem ternakan.
_ Mempertingkatkan kualiti pengurusan supaya mendapat hasil maksima.

SAMPEL IKAN
_ Ikan yang hidup dan menunjukkan tandatanda sakit yang teruk atau baru dijangkiti

SAMPEL AIR
_ Di lokasi kejadian & punca air Di isi dalam botol
_ Ikan sihat dan ikan yang sakit di bungkus berasingan
_ 3 -4 ekor
_ plastik/kaca dan ditutup rapat
_ Berasingan dari ikan

MAKLUMAT LATARBELAKANG MASALAH PENYAKIT-
_Keterangan tepat tanda-tanda penyakit, system ternakan, punca benih dll
_Maklumat pengurusan seperti jenis makanan, kadar pemberian makanan,Kadar pelepasan serta kadar kematian
_Sebaran aktiviti yang dilakukan sebelum kematian
_Kadar kematian dan adakah berperingkat atau serentak
_Ikan sakit dibungkus dalam beg plastik (2 lapis)
_Isi air bersih 1/3 penuh dan masukkan ikan
_Ikan sakit perlu isipadu air yang lebih 1:20 bahagian ikan dengan air
_Isi beg plastic dengan oksigen.
_Ikat dengan ketat.
_Masukkan beg dalam kotak dan isikan dengan ketulan ais untuk penghantaran
_Bawa bersama malumatmaklumat latarbelakang ternakan.

FORMALIN
_Sediakan 10% larutan formalin solution (Campur 9 SAMPLE AIS
_Bungkus ikan secara berasingan setiap satu di dalam beg plastik @ kertas aluminium.
_Masukkan setiap bungkus di dalam bekas kedap udara dan letakkan air di antara setiap pembungkusan dan tambah 2-4 inci ketulan ais.
_Hantar spesimen ke makmal
dalam tempoh 24 jam. bahagian air kepada 1 bahagian formalin).
_Matikan ikan sebelum dimasukkan ke dalam larutan formalin dengan meletakkan lebihan pelalii MS-222
(tricaine methane sulfonate at 1 gm per 500 mL H2O). _ Nisbah formalin : tisu adalah 10:1 (ie. 1000 mL formalin : 100 gm ikan).
_Untuk Ikan kecil:
_Buat hirisan secara mendatar pada bahagian ventral ikan untuk membantu penerapan bahan awet.
_Masukkan 10% buffered formalin
_Tutup bekas dengan ketat dan label spesimen.
_Untuk ikan besar:
_Potong bahagian yang ada lesi.
_Periksa sirip, insang dan organ-organ dalaman yang dijangkiti & campurkan pengawet.
_Tutup ketat dan label spesimen.

FORMALIN
_Sediakan 10% larutan formalin solution (Campur 9

SAMPLE AIS
_Bungkus ikan secara berasingan setiap satu di dalam beg plastik @ kertas aluminium.
_Masukkan setiap bungkus di dalam bekas kedap udara dan letakkan air di antara setiap pembungkusan dan tambah 2-4 inci ketulan ais.
_Hantar spesimen ke makmal dalam tempoh 24 jam. bahagian air kepada 1 bahagian formalin).
_Matikan ikan sebelum dimasukkan ke dalam larutan formalin dengan meletakkan lebihan pelalii MS-222
(tricaine methane sulfonate at 1 gm per 500 mL H2O).
_Nisbah formalin : tisu adalah 10:1 (ie. 1000 mL formalin : 100 gm ikan).
_Untuk Ikan kecil:
_Buat hirisan secara mendatar pada bahagian ventral ikan untuk membantu penerapan bahan awet.
_Masukkan 10% buffered formalin
_Tutup bekas dengan ketat dan label spesimen.
_Untuk ikan besar:
_Potong bahagian yang ada lesi.
_Periksa sirip, insang dan organ-organ dalaman yang dijangkiti & campurkan pengawet.
_Tutup ketat dan label spesimen.

PERATURAN AM DALAM RAWATAN
_Kenali Ikan anda : kelakuan normal; keadaan yang menghasil tekanan; penyakit yang sering dijangkiti
_Kenali air - mutu air
_Kenali bahan kimia ; FDA
_Kenali Penyakit yang menyerang

FAKTOR PENENTU KEGUNAAN
_Tentukan samada rawatan perlu Dibuat?
_apakah penyakit boleh dirawat?
_adakah ia kos efektif?

• keadaan am ikan & sistem ternakan
_toleransi ikan pada bahan Kimia/ubat

• saiz & umur ikan
_keberkesanan dan mekanisma bahan
Kimia/ubat

• Agen penyebab penyakit (bakteria, parasit, kulat & virus)

• Menghad penggunaan kimia untuk rawatan ikan untuk makanan

Prinsip Kemoterapi & Rawatan Penyakit
_Rawatan Bergantung Kepada Penggunaan Bahan Kimia @ Ubat-Ubatan Untuk Membunuh Organisma Penyebab
_PERLU INGAT-Penggunaan Ubat/Bahan Kimia Tidak Dapat Bunuh 100% Organisma Pembawa Penyakit “UBAT-CARA TERAKHIR UNTUK KAWALAN PENYAKIT”

Pusat- Pusat Diagnosa Penyakit Ikan
JabatanPerikanan Malaysia
Alamat No. Telefon
Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Batu Maung
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Batu Maung
11960 Batu Maung
04-6263002
04-6262981

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Subang
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Subang
47200 Subang
03-7465143
03-7465149

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin KLIA 03-87874546
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Kompleks Kuarantin
Jalan Pekeliling 4,
Selangor
03-87874542
03-87874107

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Gelang Patah
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Kompleks Sultan Abu Bakar
Tanjung Kupang
Johor
07-5133109
07-5133121

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Bukit Kayu Hitam
06050 Jitra
04-9222785
04-9221176

PENCEGAHAN PENYAKIT

_ Contoh amalan yang cekap
• Penyediaan kolam/tangki dengan betul mengikut skop yang disyorkan
• Benih bebas penyakit
• Kuarantin ikan yang masuk:-

_ rawatan pencegahan menggunakan formalin 150-200 ppm selama 45-60 min/30 ppm selama 24 jam (3
hari)
• Asingkan yang lemah & beri rawatan.
• Buang ikan yang sakit atau mati
• serta merta - JANGAN BUANG DALAM AIR ATAU MERATA TEMPAT (Tanam atau bakar)
• Kadar pelepasan pada tahap optima.
• Asingkan mengikut saiz
• Pemberian makanan mencukup 5-6% berat badan untuk anak ikan & 3% untuk ikan >30g
• Berikan Vitamin C sekali sekala (2g/kg makanan)

* Prosedur kebersihan seperti disinfek bekasbekas yang digunakan, jaring dan peralatan lain untuk meminimakan pemindahan parasit atau penyakit
* Simpan rekod ternakan untuk memudahkan rawatan-
_ tarikh ternakan,
_ sumber benih,
_ saiz benih,

Rekod Ternakan
_ kadar pelepasan
_ jenis makanan dan kadarnya,
_ Pengawasan perubahan kelakuan ikan/mutu air dari masa ke semasa
_ jenis rawatan yang diberikan,
_ rekod kematian dan bilanganya,
_ perubahan mutu air
_ dll

Istimewa Keli Omega - 3

Kebaikan Ikan Keli Dengan Omaga-3
Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton". Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.

Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak.

Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA, walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.

Apakah Asid Lemak Omega 3
Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-
1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)

Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan ManusiaAntara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
-Menggalakkan kecerdasan fikiranIkan Berprotein Tinggi

Kelebihan Menternak Menggunakan Batu Simen
Kurang Berbau Hanyir
Ikan Cepat Membesar
Mampu Menternak 100 Ribu Ekor Dalam Satu Kolam
Menjimatkan Kos Pembinaan Kolam
Pulangan Yang Tinggi

Cara Menghasilkan benih keli omega 3

Penghasilan Keli Organik
1. Benih dihasilkan daripada tiga baka Ikan yang berbeza:
a. Induk = Ikan Keli Afrika
b. Baka = Ikan Limbat Kampung & Ikan Keli Bunga
2. Suntikan Minyak Ikan Kod yang kaya dengan Omega-3 & Vitamin menjadikan kualiti benih dan daging ikan lebih bermutu dan kenyal.
3. Induk yang benar-benar matang sahaja dipilih bagi penghasilan baka Keli Organik.

Kenapa Keli Organik Menjadi Pilihan
1. Dijamin dari segi kebersihan dan halal.
2. Kurang bau hanyir dan lendir.
3. Salah satu makanan yang memberi lebihan asid lemak “Omega-3”.
4. Kualiti daging ikan lebih enak dan pejal.
5. Kadar kematian benih yang kurang.
5. Harga bekalan benih serta makanan ikan yang berpatut.

Pakar Pembenihan Ikan Keli

wu_01.1
Yahya Ismail menunjukkan seekor induk keli.

PADANG BESAR 10 Julai – Ternakan ikan keli merupakan salah satu bidang akuakultur yang dapat memberikan hasil lumayan sekiranya ia diternak secara komersial melalui teknik serta penjagaan yang baik.

Ikan keli adalah jenis ikan air tawar yang senang dijaga dan cepat membesar sama ada melalui ternakan dalam kolam, palung simen atau pun kanvas.

Tempoh kematangan ikan keli bergantung kepada cara pemakanan dan benih keli yang digunakan. Ada keli yang boleh dituai hanya dalam tempoh dua bulan sahaja.

Bagaimanapun, bagi penternak keli tidak ramai yang berkecimpung atau menghasilkan benih ikan keli sendiri.

Kebanyakan penternak hanya memperoleh benih ikan keli daripada pihak tertentu yang mempunyai kemahiran menghasilkan benih ikan keli dengan harga tertentu mengikut gred benih.

Berlainan dengan seorang penternak ikan keli, Yahya Ismail, 57, dari Kampung Batu Bertangkup, Chuping di sini, selain menternak ikan keli beliau juga menghasilkan benih ikan keli sendiri.

Apa yang menariknya, dalam mempelajari cara pembenihan ikan keli Yahya dan menantunya, Muhamad Suhil Sultan, 31, tidak mengikuti apa-apa kursus sebaliknya hanya mendapat panduan daripada rakan-rakannya yang terlibat dalam ternakan yang sama dan nasihat Jabatan Perikanan.

Melalui kaedah cuba dan membaiki kesalahan, Yahya kini boleh tersenyum lebar apabila beliau merupakan salah seorang penternak keli yang berjaya di Perlis.

Tidak hairan dengan kesungguhan yang ditunjukkan dalam bidang pertanian dan ternakan tanpa mengharap bantuan daripada kerajaan beliau mampu berjaya.

Menceritakan penglibatan awal dalam ternakan keli, usahawan itu berkata, bidang ternakan ikan keli diusahakan kira-kira tujuh tahun lalu dalam dua kolam berhampiran rumahnya.

Katanya, kaedah pembenihan keli hanya dipelajarinya dua tahun lalu apabila mendapati cara itu mampu menjimatkan kos di samping dapat memperolehi benih yang berkualiti.

”Saya gagal beberapa kali dalam mempelajari teknik pembenihan keli ini tetapi saya tidak pernah berputus asa dan menganggap itu adalah lumrah biasa dalam bidang pertanian dan ternakan.

”Sebelum ini melalui benih yang dibeli dari luar dianggarkan daripada 60,000 benih keli hanya separuh yang akan hidup dan membesar. Saya melihat ini sebagai satu kerugian yang besar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sekarang dengan dibantu menantunya, Yahya yang dianugerahkan Penternak Jaya (keli) sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Perlis 2009 mempunyai enam buah kolam yang berkeluasan 180×140 kaki setiap satu.

Beliau juga mempunyai lebih 1,000 benih induk keli jantan dan betina.

Selain itu, Yahya juga merupakan Pengerusi Projek Kelompok Tanaman Kontan yang diusahakan bersama dua rakannya di atas tanah seluas lapan hektar sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Melalui tanaman ini, beliau juga pernah dianugerahkan Petani Jaya (pertanian kontan) beberapa tahun lalu.

Sebagai salah seorang penternak yang berjaya, beliau kini menjadi salah seorang tempat rujukan terutama dalam kaedah pembenihan ikan keli yang turut disyorkan oleh Jabatan Perikanan Perlis.

Melalui pengalaman dalam pertanian melebihi 30 tahun dan ternakan lebih tujuh tahun, Yahya memberitahu beliau sanggup mencurahkan ilmu yang ada padanya jika ada sesiapa yang mahu menceburi bidang tersebut.

”Saya suka berkongsi pengalaman dan memberikan nasihat dalam bidang pertanian dan ternakan ikan keli jika ada pihak yang berminat terutama penduduk kampung serta golongan muda.

”Bagi saya ilmu yang saya ada ini akan lebih bermanfaat jika dapat disebarkan kepada orang ramai dan meningkatkan taraf hidup terutamanya penduduk luar bandar,” ujarnya.

Katanya, sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari teknik pembenihan ikan keli di rumahnya akan berpeluang melakukan secara praktikal.

”Saya akan memberikan benih keli yang saya ternak bagi membolehkan mereka mengetahui cara yang betul melakukan proses pembenihan secara percuma.

”Pembeli benih keli juga akan diberikan khidmat nasihat agar mereka dapat memajukan ternakan sehingga mampu menghasilkan benih sendiri,” jelasnya.

Tambahnya, bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara pembenihan keli boleh datang ke rumahnya atau menghubunginya di talian 04-9441380.

Kilang Pallet

ag_03.1
Teknologi penghasilan pelet yang dimiliki MARDI, Serdang Selangor.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengorak satu lagi langkah kejayaan apabila menghasilkan makanan ruminan ternakan berasaskan pelepah kelapa sawit.

Kilang seumpamanya yang pertama di dunia, mula beroperasi Julai tahun lalu, berjaya menghasilkan dua jenis makanan untuk ternakan iaitu pelet makanan lengkap dan pelet makanan seratus peratus pelepah segar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan ketika melawat kilang tersebut di Felda Bukit Sagu, dekat Kuantan, Pahang, baru-baru ini, berkata, kerajaan berharap kilang ini menjadi perintis kewujudan lebih banyak lagi kilang sedemikian pada masa depan.

Ini kerana pelet, yang dihasilkan menggunakan teknologi Jepun dan Jerman, mendapat permintaan tinggi di pasaran sekarang.

“Malah, pengusaha ternakan dari Kanada dan Korea Selatan juga dilihat berminat dan menyatakan hasrat untuk membeli produk ini,” katanya.

Ahmad berkata, kewujudan kilang itu adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan jumlah ternakan negara bagi mencapai sasaran 28 peratus untuk pengeluaran daging dan 16 peratus bagi pengeluaran susu menjelang 2010.

”Justeru itu, bekalan makanan ternakan yang bermutu tinggi dan mampu dibekalkan sepanjang tahun dilihat sangat penting bagi memenuhi matlamat itu.

“Dan kita yakin kilang pelet pelepah sawit ini dapat membantu usaha giat kita menyuburkan lagi sektor penternakan negara ini,” katanya.

Pengurus Kilang Oil Palm Frond (OPF) Felda Bukit Sagu, Jamil Md. Yasin berkata, kilang yang didirikan di Felda Bukit Sagu 2 dibina di kawasan seluas 1.5 hektar melibatkan kos RM14.1 juta.

“Kilang ini menghasilkan pelet untuk ternakan lembu dan kambing, dan sasaran kami ialah menjadi pembekal utama makanan kepada ternakan negara,” katanya, baru-baru ini.

Menurut Jamil, formulasi makanan tersebut dicipta khusus berasaskan kepada keperluan nutrien seperti protein, serabut, lemak dan mineral bagi menjamin pertumbuhan, pembiakan, dan kesihatan ternakan.

“Harganya juga murah iaitu RM30 untuk 40 kilogram (kg) bagi pelet makanan lengkap, dan bagi pelet makanan 100 peratus pelepah sawit segar ialah RM17 untuk 40kg,” katanya.

Penternak juga tidak perlu bimbang mengenai had tamat tempoh pelet itu kerana pelet 100 peratus pelepah sawit segar boleh digunakan dalam tempoh dua tahun sementara bagi pelet makanan lengkap bertahan sehingga tiga bulan.

“Makanan lengkap ini dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan nutrien untuk pelbagai peringkat fisiologi dan pengeluaran ternakan, selain ia juga dikenalpasti bebas daripada toksin, faktor anti-pemakanan dan logam berat,” katanya.

Hasil kajian mendapati pengambilan pelet sebanyak 7 kilogram (kg) sehari dapat meningkatkan berat badan lembu daging antara 0.8 kg dan 1kg sehari.

Manakala pengambilan makanan sebanyak 14 kg sehari untuk lembu tenusu dapat menghasilkan pengeluaran susu sebanyak 21.8kg liter sehari.

Pertambahan berat melebihi 180 gram (g) sehari juga pernah dicapai pada kambing baka Boer.

“Perbezaan antara kedua-dua pelet itu adalah pelet makanan 100 peratus pelepah sawit segar ibarat seperti makan nasi tanpa lauk sementara pelet makanan lengkap adalah seperti makan nasi beserta dengan sayur dan lauk,” katanya.

“Kilang ini mampu mengeluarkan 1,200 tan pelet sebulan menerusi satu syif dan kita punyai tiga syif bekerja,” katanya.

Jamil berkata, kewujudan kilang itu juga dilihat dapat menambahkan lagi pendapatan peneroka kawasan terbabit.

“Peneroka dapat menjual pelepah kelapa sawit kepada kilang dan harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM65 untuk satu tan pelepah kelapa sawit.

“Sehingga kini kilang ini telah membelanjakan RM93,558 bagi membeli pelepah tersebut daripada peneroka,” katanya.

“Setakat ini, terdapat 13 pekerja dan majoriti ialah anak peneroka tempatan atau generasi kedua warga Felda,” katanya.

Jamil berkata, kilang tersebut juga tidak mengalami masalah kekurangan bekalan memandangkan terdapat 17,000 hektar kebun kelapa sawit di Felda Bukit Sagu 1, Bukit Sagu 2, Bukit Goh dan Bukit Kuantan, yang berpotensi menjadi pembekal pelepah sawit.

“Selain itu terdapat seluas 61,000 hektar ladang kelapa sawit di rancangan felda Wilayah Felda Kuantan, jadi kita tidak akan menghadapi masalah mendapatkan bekalan pelepah sawit,” katanya.

Bekas wartawan ternak keli

ag_02.1

Normahiran Yusoff boleh berbangga dengan usahanya sebagai usahawan tani yang kini telah membuahkan hasil.

Biarpun pernah menjawat jawatan wartawan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Komunikasi Massa, Normahiran Yusoff meninggalkan kerjaya berkenaan dan berhijrah ke dunia lebih glamor dengan terlibat dalam industri hiburan.

Ketika bertugas di syarikat rakaman, beliau dikelilingi oleh artis-artis tapi hatinya masih tidak dapat melupakan dunia perniagaan.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengurus Kanan sebuah syarikat rakaman, beliau menubuhkan syarikat sendiri dan seterusnya Normahiran mula melibatkan diri dalam bidang pertanian.

Berpegang kepada moto ‘Pertanian Adalah Perniagaan,’ Normahiran mula berjinak-jinak mengikuti kursus pertanian terutama pembenihan dan ternakan ikan keli.

Beliau memulakan usahanya dengan membeli set ternakan ikan keli dalam kanvas daripada pengusaha di Negeri Sembilan.

“Setelah mengikuti kursus ternakan dan pembenihan ikan keli di Selangor, saya mula meninjau pasaran sebelum memulakan ternakan,” katanya semasa ditemui di kawasan ternakan keli di Dengkil, Selangor, baru-baru ini.

Setelah meninjau pasaran, Normahiran membuat pengiraan modal serta untung rugi. Setelah pasti dengan keuntungan, beliau memulakan projek.

Beliau membeli tiga buah tangki yang telah diubahsuai sebagai permulaan untuk menternak ikan keli.

Kemudian beliau membeli anak benih ikan bersaiz tiga inci. Kini Normahiran beralih kepada saiz lima inci kerana saiz yang lebih besar cepat membesar dan kadar kematiannya juga rendah.

Pada mulanya, beliau hanya memberikan ikan keli makan pelet tetapi kosnya yang tinggi menyebabkan Normahiran mencari alternatif lain.

“Bagi menggantikan bekalan protein, saya menggunakan kepala dan perut ikan bilis yang didapati di pasar malam yang saya masak dengan beras hancur selain sisa roti.

“Maklum balas yang saya daripada penternak lain mendapati perut dan kepala ikan bilis mempunyai protein yang tinggi dan sesuai menggantikan pelet,” katanya.

Sehingga kini ternakan kelinya telah mengeluarkan hasil dan beliau mendapat kontrak membekalkan ikan keli kepada sebuah syarikat mengeluarkan ikan keli salai.

Ikan keli salai, kata Normahiran memerlukan ikan keli yang memakan pelet dan bahan kaya protein tetapi kurang lemak bagi mendapatkan tekstur yang cantik.

“Biasanya saiz ikan keli yang sesuai untuk dibuat ikan salai adalah 160 gram (g) seekor atau enam hingga tujuh ekor bagi satu kilogram.

“Kini saya perlu membekalkan 200 kilogram (kg) ikan keli seminggu kepada ikan salai,” katanya.

Bagi mendapatkan kontrak membekalkan ikan keli bagi ikan keli salai, pengusaha ikan salai melawat ke kawasan ternakannya bagi memastikan makanan yang diberikan serta tahap kebersihan.

Buat masa ini Normahiran sedang berusaha membesarkan lagi projek ternakan ikan keli bagi memenuhi permintaan pengusaha ikan keli salai.

Kegunaaan garam dalam ternakan keli

Penggunaan garam ( sodium chloride ) di dalam ternakan ikan air tawar bnyak kelebihannya, di antaranya ialah....

1. Garam diguna ketika kurantin ikan liar atau ikan yang baru di bawa ke kolam. Garam boleh di gunakan bersama bahan lain seperti potassium permanganate,formalin atau copper sulfate. Garam akan menolong membunuh parasit dan kuman pada ikan. Juga ikan bernafas dengan baik kerana garam akan membuang mucus atau lendir pada insang ikan. Selalunya selepas tempuh kurantin (antara 15 minute ke dua hari mengikut jenis ikan), ubat antibiotik untuk mengubat luka yang di sebabkan oleh parasit akan di gunakan. Antara antibiotik yang boleh digunakan ialah oxytetracycline atau acriflavin. Secara praktikalnya, untuk mengelakkan ikan menjadi lali kepada bahan kimia tertentu, kami hanya mengunakan garam untuk kurantin ikan.

2. Garam di gunakan untuk mengubat ikan yang di serang parasit atau cacing/hook worm. Kepekatan atau jumlah garam adalah terpulang kepada penggunaannya tetapi tidak lebih dari 5 ppt. Juga bila mengubat ikan yang di serang kuman pada kulit ikan atau badan ikan. Ia boleh di gunakan bersama lain lain ubat seperti yang di atas.

3. Garam digunakan semasa membawa ikan dari satu tempat ke satu tempat. Garam membuat ikan lebih selesa semasa di bawa berjalan kerana selalunya ikan akan dibawa dalam kepadatan yang tinggi yang senang tercedera.

Apa jenis garam yang kami guna? Garam kasar jenis bersih atau jenis kotor. Garam halus tidak boleh di gunakan.

Peralatan Penting Ternak Keli

KOLAM KANVAS
- Bersaiz 17 x 6 x 3 kaki
- Boleh memuatkan ikan keli yang banyak
- Diperbuat dari kanvas yang berkualiti dan tidak mudah bocor
- Boleh di ikat dgn besi atau kayu asalkan ianya kukuh
- Ikan yang di ternak dalam kanvas adalah kurang hanyir
- Kolam senang untuk dipindah/dialihkan ke tempat lain
- Terdapat over flow dimana air yang berlebihan akan keluar melalui over flow ini. POLY TANK
- Untuk meletakkan ikan selain dari kolam kanvas
- Boleh meletakkan benih ikan sementara waktu sebelum diletak kedalam kolam kanvas
- Ada juga penternak yg menternak menggunakan polytank sahaja.
- Harga polytank boleh dikatakan murah mengikut harga saiznya
- Senang untuk dialihkan/dipindahkan
MAKANAN IKAN
- Makanan ikan terdiri dari
1) PRESTARTER (40% PROTEIN)
2) STARTER (32% PROTEIN)
3) GROWER (28% PROTEIN)
4) FINISHER (18% PROTEIN)
- 1 Beg mengandungi 20kg pallet
- kebanyakan penternak kini menggunakan pallet sbg mknn ikan keli kerana air kolam tidak cepat busuk & kotor
- daging ikan juga tidak hanyir berbanding ikan yang memakan usus & lemak ayam
BIO AQUATIC
- Untuk menggalakkan pertumbuhan zooplankton dan phytoplankton sebagai makanan tambahan kepada ikan
- Menggalakkan pembesaran ikan dgn lebih cepat berbanding tarikh matang sebenar.
- Apabila menggunakan bio aquatic, air tidak perlu selalu ditukar
- Kandungan dlm bio aquatic akan menyerap kekotoran dan menjamin kualiti dan ekosistem air serta amat sesuai bagi ternakan ikan keli dan ternakan2 lain
GRADING NET
- Untuk mengasingkan ikan2 keli yang besar dan kecil mengikut saiznya
- Supaya ikan besar tidak memakan ikan-ikan yang kecil
- Proses grading sesuai dilakukan apabila benih telah berusia 2 minggu.
- Walaupun ikan hanya bersaiz 3 & 4 inci, tapi ia boleh menyerang sesama sendiri menyebabkan badan2 ikan mengalami luka2
- Apabila badan ikan telah luka maka ikan menjadi lemah dan ia akan dimakan oleh ikan keli yang lain.
- Oleh itu ia perlu diasingkan agar kematian ikan tidak berlaku
- Grading net terdiri dari pelbagai saiz dimana saiz yang kecil boleh mengasingkan benih2 ikan yang kecil, manakala saiz besar untuk mengasingkan ikan yang besar
- Ia juga boleh digunakan dalam proses penuaian iaitu mengasingkan ikan2 yang besar yang mencapai saiz 6@7 ekor sekilo untuk dijual
- Grading net terdiri dari pelbagai bentuk samada empat segi atau bulat mengikut citarasa penternak yang membuat sendiri grading net itu
PH TEST
- Untuk menguji tahap ph air
- Air yang sesuai untuk ikan adalah dari lingkungan ph 6.5 – 7.5
- Sebelum memasukkan benih ikan, air perlu di uji pH nya dahulu
- Sekiranya Ph air terlalu tinggi, air perlu dibuang separuh dan isikan dengan air yang bersih dan uji ph nya semula sehingga mencapai pH yang sesuai


GARAM KASAR
- Untuk merawat air dari serangan kutu air supaya tidak menjangkiti ikan
- Ikan2 yg telah dijangkiti kutu air, kita akan dapati tompok2 putih pada kulitnya dan ia perlu diasingkan supaya tidak menjangkiti ikan-ikan yang lain.
- Air perlu ditukar agar bakteria yang menjangkiti ikan tidak merebak melalui air yang mengandungi kutu air itu
- Garam adalah sebagai ubat bagi dan boleh ditabur seminggu sekali kedalam kolam, dan garam juga boleh digunakan untuk mematikan ikan sebelum menyiangnya
SAUK IKAN
- Untuk menyauk ikan didalam kolam
- Terdapat dalam pelbagai bentuk bergantung pada kesesuaian

AIR
- Air yang sesuai ialah air sungai
- Air paip mengandungi klorin dan sebelum menggunakan air paip, ia perlu diperam selama lebih kurang 3 hari
- Sebelum memasukkan benih ikan, air perlulah di uji pH nya dahulu
- Penggunaan air yang mengalir amat bagus untuk ternakan ikan
- Air adalah penting pada ternakan dan perlu ditukar apabila ia
1) nampak kehijauan yang terlalu pekat
2) kelihatan berbuih2 besar dipermukaan
3) ia berbau busuk kerana kandungan ammonia nya yang tinggi
- Dengan menggunakan sistem saliran air, air akan sentiasa mengalir dan penggunaan filter adalah bagus untuk menapis air dari kekotoran agar air menjadi bersih.

Wednesday, 22 July 2009

Babi @ Khinzir & Kerabatnya..



Ikan Keli Salai 'One Newtech': Aroma Penambat Selera


SAJIAN BERKHASIAT... Kaya dengan protein dan lemak asid omega-3 dan rendah kolesterol serta lemak tepu; ikan keli salai "One Newtech" adalah ideal untuk kesihatan. Pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama ini dalam seminggu dikatakan boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung. Malah, asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, dan juga sistem peredaran darah dalam badan. Foto: Mohd Azhar Ibrahim Oleh Mohd Azhar Ibrahim

Sempena Ekspo Mega Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 24-28 Jun

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Selepas berhenti daripada jawatan sebagai pengurus perhubungan awam dengan sebuah syarikat penerbangan beberapa tahun lepas, Shaharuddin Md Yusof, 60, merealisasikan minat dalam perniagaan dengan menternak ikan keli dalam tangki simen.

Pada permulaan beliau menjual ikan keli hasil ternakannya itu kepada penjual di pasar malam dan pasar tani yang terletak berhampiran.

Shaharuddin bersama saudara lelakinya menubuhkan Newtech Aquaculture Sdn Bhd pada Januari 2007, dan kemudian mendaftarkan syarikat berkenaan di bawah Skim Anak Angkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), untuk mempelajari lebih mendalam mengenai industri akuakultur ikan keli.

Sejak Disember 2008, perniagaan itu, kini dikenali sebagai One Newtech, kini dimiliki sepenuhnya oleh Shaharuddin.

Dengan semangat untuk melebarkan perniagaannya, Shaharuddin mula mencari peluang untuk mempelbagai produk dengan menghasilkan produk yang diminta oleh pelanggan selain daripada ikan keli hidup.

IKAN KELI ORGANIK SALAI

Sebelum adanya peti sejuk, penyalaian adalah satu bentuk pengawetan dan penyimpanan yang popular.

Bahan kimia yang terhasil daripada kayu yang digunakan dalam proses penyalaian membantu memperlahankan pertumbuhan mikro-organisme dan mengurangkan jumlah kelembapan bagi pembiakan bakteria.

Rasa dan tekstur produk ikan keli organik yang disalai banyak bergantung kepada beberapa faktor termasuk kualiti ikan, jenis kayu yang digunakan untuk menyalai dan cara penyalaian.

Ikan yang disalai secara betul akan dapat mengekalkan nilai khasiat ikan segar berkenaan.

"Selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk menghasilkan ikan keli salai dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat mengenai peralatan, teknik dan proses bagi menghasilkan ikan keli salai.

"Saya akhirnya mendapat apa yang saya mahukan di laman web di Jerman", kata Shaharuddin kepada Bernama semasa ditemubual di premis perniagaannya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor baru-baru ini.

Beliau terbang ke Jerman untuk bertemu dengan pengeluar mesin berkenaan tetapi mendapati harganya agak terlalu tinggi.

"Walaupun tidak dijual, mereka amat menghargai usaha saya dan memberi saya skema teknologi mesin penyalai berkenaan", katanya.

TEKNOLOGI TERBARU

Dengan rangka tindakan dalam tangan, Shaharuddin mendapatkan sebuah mesin penyalai yang dipasang siap di sini pada kos RM80,000.

Menurut para pegawai LKIM, mesin penyalai yang dimiliki oleh Shaaruddin adalah satu-satunya mesin penyalai yang menggunakan teknologi terkini dalam proses menyalai, di mana penyalaian (dan haba) dihasilkan di bahagian berasingan dan kemudian disalurkan ke bahagian lain di mana ikan yang diproses digantungkan.

"Cara ini, daging ikan akan masak secara perlahan dan kekal lembut dan enak", kata Shaharuddin.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Dalam usahanya untuk mencapai kesempurnaan, Shaharuddin menghabiskan masa selama tiga bulan mencuba pelbagai teknik penyalaian untuk mengenalpasti proses penyalaian dan ramuan yang tepat.

Pemilihan kayu yang betul adalah suatu yang sukar. Hanya kayu pain yang mengandungi damar akan menjadikan ikan terasa pahit dan ini digemari ramai.

Beliau mendapati walaupun kayu dari pokok jambu tempatan memberikan hasil yang terbaik, mendapatkan bekalan untuknya bukanlah satu yang mudah. Beliau terpaksa mencari yang lain.

"Akhirnya, saya menjumpai habuk gergaji kayu oak menghasilkan asap yang bersih dan tidak tebal yang meningkatkan rasa enak ikan; menjadikan isi ikan warna yang menarik tanpa menjejaskan nilai khasiatnya", jelas beliau.

Habuk kayu oak juga mudah diperoleh secara komersial.

HASIL DAN PASARAN

Pada 1hb Januari 2008, produk mula dikeluar dan dipasarkan secara komersial dengan jenama "Newtech" setelah ia berjaya menghasilkan ikan salai yang bermutu.

Dengan taglinenya berbunyi: "Aromanya Membuka Selera Anda", keli organik salai "Newtech" kini dipasarkan melalui pasar tani, pasar malam, pasar segar dan di kedai makan serta runcit di Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Sebagai Presiden Persatuan Anak Angkat Jabatan Perikanan Selangor, Shaharuddin juga mewujudkan satu rangkaian pengedar untuk produk berkenaan.

Syarikat berkenaan turut aktif menyertai pameran dan ekspo yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti FAMA dan MeCD di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pengguna yang menitik berat akan kesihatan menyambut baik hasil produk Shaharuddin lebih-lebih lagi ia menerima sijil "halal" daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Hasil pengeluaran harian mencatatkan pertambahan sekali ganda pada suku tahun kedua dan sekali ganda lagi pada suku tahun ketiga dan keempat.

Pada peringkat awal, pengeluaran produk adalah cuma kira-kira 20 kg sehari pada Januari dan meningkat kepada 40 kg pada Mac, 60 kg pada Jun, 80kg pada September; mencecah 100 kg sehari atau 2.5 tan metrik sebulan pada Disember 2008.

Permintaan kian bertambah hingga melebihi tawaran. Syarikat berkenaan kini terpaksa mendapatkan bekalan ikan daripada pemilik akuakultur, tetapi dengan syarat ikan keli diberi makan pelet.

"Kami menawarkan RM3.80 setiap kilogram ikan daripada penternak ikan keli, yang saiznya telah ditetapkan termasuk penghantaran", kata Shaharuddin.

KELEBIHAN IKAN KELI DIBERI MAKAN PELLET

Tidak seperti ikan sejenis yang hidup dalam lumpur di sungai, ikan ternakan di kolam milik One Newtech diberi makan pelet menjadikan isi ikan terasa manis, kenyal tetapi lembut.

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.

Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan.

Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

PENGEMBANGAN PASARAN

One Newtech akan memulakan satu program pengembangan bertujuan agar produk syarikat boleh diperoleh di pasar raya seperti Carrefour, Giant dan Tesco.

Shaharuddin menjangka tahap pengeluaran harian akan meningkat lagi sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sehubungan itu, syarikat merancang menambah ketuhar penyalai selain meningkatkan kebersihan premis bagi mematuhi Prosidur Pengendalian Standard Kebersihan (SSOP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Dalam usaha mempelbagaikan produk, One Newtech baru-baru ini telah menambah daging salai dalam tawaran produknya.

Turut tersenarai dalam produk barunya ialah ikan tilapia dan ikan patin salai.

"Akhirnya, kami berharap dapat memperoleh sijil HACCP", kata Shaharuddin.

HACCP ialah satu proses yang digunakan untuk menentukan potensi bahaya dalam pengeluaran makanan serta menentukan satu sistem pengurusan dan pengawasan yang ketat bagi memastikan produk makanan selamat untuk dimakan.

Pensijilan ini adalah satu proses yang ditetapkan untuk jualan produk makanan yang siap proses dalam pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat.

Ikan Keli Besar buruan kanak-kanak 15 tahun.


Ikan keli yang dipancing oleh kanak-kanak perempuan(Jesica) berusia 11 tahun ini telah menaikan namanya sebagai pemegang rekod dunia mendapat ikan paling besar kategori bawah 16 tahun ikan air tawar.

Seperti kaki pancing yang lain, hanya kepuasan yang dicari apabila jorang mengena. Ikan ini dilepaskan semula oleh bapanya ke sungai setelah gambar ini diambil.

Izwan Pilus jadi tauke ikan keli


Usaha Izwan turut mendapat sokongan sebahagian besar keluarganya.

PUAS juga penulis berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan jurufoto yang menimbulkan persoalan mengapa untuk ke destinasi kami iaitu Jasin di Melaka perlu keluar dari Plaza Tol Tangkak, Muar, Johor. Jawab penulis mudah, ikut saja arahan tuan rumah, iaitu penyanyi Izwan Pilus, kerana mungkin laluan berkenaan lebih mudah dan dekat untuk ke Kampung Melangkan, Nyalas, Jasin.

B*Pop minggu menjenguk kolam ikan air tawar yang diusahakan Izwan dan keluarga sebelah bapanya di Melaka.

Ilham untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian ternakan ikan air tawar seperti keli dan tilapia tidak pernah terjangkau di fikiran penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini. Namun, selepas setahun menceburi bidang seni suara dan pengacaraan, Izwan yang cukup popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum mula memikirkan sesuatu yang lebih menjamin masa depan.

“Kebetulan selepas setahun aktif dalam bidang seni, ayah yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan pula hendak bersara. Dia cadangkan supaya kembangkan ternakan ikan tilapia yang sudah mula diusahakan sepupu saya, Mohd Zieham Idros atau Abang Am sejak setahun lalu,” ceritanya sambil melayan kerenah anak-anak saudaranya sambil makan tengahari.

Izwan cuba menyauk puyu.

Dengan menyediakan kos pelaburan yang diperlukan serta menjadikan tanah milik bapa Abang Am sebagai lokasi ternakan, kini selain satu kolam yang digali untuk tilapia, dibina tiga lagi kolam batu khusus untuk ternakan ikan keli pula. Setakat ini, Izwan sudah tiga kali menuai hasil tilapia manakala sejumlah 5,000 keli berusia sebulan lebih di kolam batu hanya perlu menanti dua bulan lagi sebelum dapat dijual.

“Prospek ternakan ikan air tawar ini memang boleh pergi lebih jauh lagi memandangkan perancangan pihak Jabatan Perikanan Negeri Melaka yang sedang berusaha menjadikan Air Kangkung satu lokasi di daerah Jasin sebagai pusat pengumpulan ikan,” jelasnya yang bercadang untuk memperkembangkan lagi perniagaan sedemikian terutama produk akhir dan menjadi pembekal ikan keli salai.

Graduan lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan ini memang tidak pernah duduk diam. Ada saja kelapangan. Dari jemputan membuat persembahan nyanyian, dia dan pengurusnya, Mas Anizah akan kembali ke kampung menjenguk hasil ternakan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Taman Tasik dan SMK Simpang Bekok, Johor ini kelebihan menternak ikan di situ ialah air yang digunakan adalah air sungai yang dipam masuk ke dalam kolam. Ini menjadikan ikan lebih segar dan mendapat persekitaran yang lebih semula jadi. Kolam batu pula perlu dialirkan dan dikitar airnya supaya ia terjamin bersih dan sihat untuk pembesaran ikan keli.

Sejam bersama keluarga Pilus Mohd Jani, 56, (ayah Izwan) dan isteri, Normah Abdullah, 54, cukup bermakna. Ternyata, keakraban keluarga ini tidak dapat dinafikan lagi. Buktinya, baru lima minit kami sampai ke rumah Idros Mohd Jani yang juga Pak Long kepdaa Izwan, muncul sanak saudara yang tinggal berhampiran bertandang sambil masing-masing membawa juadah.

Rupa-rupanya keluarga ini memang suka makan tengah hari ala berkelah di bawah rimbunan pohon buah-buahan di belakang rumah Pak Long. Selain sambal binjai, kari ayam, telur masak kicap dan gulai rebung sebagai hidangan makan tengah hari, ia diselangi buah durian, rambutan dan manggis sebagai pencuci mulut.

Kata Izwan, selepas projek ternakan itu berjalan sepenuhnya, dia akan lebih kerap pulang ke Melaka kerana bapanya akan berpindah ke sana sebaik rumah mereka siap dijangka tahun depan.

Bercakap mengenai album keduanya, Izwan mengakui terpaksa menangguhkannya buat sementara waktu kerana masih mencari material terbaik untuk dimuatkan dalam album itu nanti.

“Apapun, saya akan cuba untuk memastikan satu single akan dilancarkan sebelum penghujung tahun ini,” katanya sambil mengakui artis baru sepertinya cenderung mendapatkan khidmat komposer ternama lebih-lebih lagi untuk membantu kejayaan album kedua.