Pages

Friday, 7 August 2009

Gred benih ikan di pasaran..

Assalamualaikum..

Benih ikan yg di jual di pasaran ada 4 jenis.

1 . super grow 5 - 10 % - AAA

2. standard/normal 60 - 70% - A/B

3. retard/bantut 25% - C

4. reject ie penyakit 10% - XYZ

- anggaran.

dlm pasaran benih ikan di negara kita ini lah jenis jenis benih ikan yang am di jumpai. peniaga yang jujur akan slalu memberitau dan menjual benih mengikut specsifikasi yang di beri tau. Jadi pastikan bertanya dahulu sebelum membeli benih ikan dan mengetahui at least kriteria benih supaya masa ternak adalah tetap dan tidak membawa masalah. yang paling baik ialah benih hybrid, due to genetik, benih sentiasa perlu utk di cross breed supaya tidak datang dari gen yang sama ie adik beradik.Biasa yang boleh tau dengan tepat kriteria benih ni HANYA hatchery itu sendiri, benih super grow - membesar dengan cepat "giant" benih ni takbleh campur dengan 2 , 3 dan 4 sebab bila dia cepat besar dan bila mulut dia lebih besar dari lain akan di makan tanpa had, dan mengakibatkan kehilagan saudara mara. benih jenis ni juga membesar dengan cepat - kualititi AAA, benih normal - membesar normal. benih yang slalu di import dari negara jiran selalunya jatuh pada group 2. - 20% 3. - 60 % 4. 20%. hanya anggaran. masalah kejujuran mejadi isu yg penting. Kadang2, ramai orang maukan benih yang murah. tapi tidak berkualiti, tapi hakikat benih ikan ada 4 kategori. itulah sebab selalu kita dengar banyak problem setelah seminggu kemasukan benih ikan yang baru. had kriteria ini tidak di gred atau "sengaja" di campur oleh hatchery yg tidak bertanggungjawab.sebenarnya susah nak dapat benih AAA, kalu hatchery orang kita yang terpilih sahaja. itu pon kalu dah kenai lama, Benih AAA slalu harga mahai skit mcm keli harga 17 sen size 3 inchi. tapi besar dlm 45 - 60 hari jer blh juai. Kualitit benih dari indon, wallahuallam, tapi byk di jumpai benih gred c atau bantut, ie kerapu harimau bela dah lama tapi tak besar besar. so harga benih ni murah berbanding yg berkualititi. macam mana nak tau benih AAA? kalu ikan marine ie kerapu tikus/rimau size kapla/badan matching selalunya ikan berkumpul dan berenang satu group dgn mulut menghadap ke owner ttgu mkn. kalau ikan darat, ikan tu slalunya aktif saiz badan,kapla dengan ekor matching dan respond pada owner waktu makan dan colour dia gelap skit sebab tidak stress. susah nak dapat semua AAA dlm breed even sendiri punya. ini kuasa ALLAH semua. mesti gred dan asingkan, slalu dapat 20% AAA je. bab nak tau benih A tu susah nak secara teknikal , lepas masuk kolam dlm seminggu kalu ada kenaikan berat badan dan sihat sejahtera , kemungkinan AA la kot.

Nuget & Ikan Masin keli..

Nama : Rashidi b. Saad

Tel : 019-5577344

Emel : shidi57@gmail.com

Encik Rashidi Saad dari Kampung Acheh telah mengusahakan ikan keli sejak 14 Mac 2008.Beliau mula berjinak-jinak dengan perusahaan ini hasil dari minat beliau sendiri dan dorongan kawan-kawan dan isteri.

Pada mulanya beliau hanya menternak ikan keli di dalam sebuah kolam simen bersaiz 15' x 4' x 3', tetapi atas permintaan yang semakin bertambah, En. Rashidi telah menambahkan jumlah ternakan dengan pembinaan 2 kolam simen yang baru berukuran 15' x 15' x 4'. Setiap kolam baru yang dibina boleh menampung 5,000 ekor ikan keli berbanding 2,000 ekor bagi kolam pertama beliau.

Gambar : Proses menjemur ikan keli masin berempah

Selain memasarkan ikan keli hidup kepada para peniaga restoran/kedai makan di Pekan Yan Besar, En. Rashidi juga memproses ikan keli yang diternak menjadi ikan keli masin berempah dan nuget ikan keli. Produk keli masin berempah ini amat istimewa berbanding dengan produk ikan masin lain kerana selain rasanya yang sangat unik, ia juga dikatakan amat lazat berikutan bauan rempah yang telah bersebati dengan isi ikan masin tersebut.

Gambar : Keli masin berempah yang telah siap dibungkus untuk jualan

Nuget ikan keli yang dibuat sendiri oleh En. Rashidi juga mendapat permintaan yang sangat menggalakkan daripada para pembeli setia produk terbabit. Walau bagaimanapun, berikutan proses membuat nuget yang agak rumit serta perlu disimpan di tempat yang dingin beku menyebabkan En. Rashidi menghadkan pengeluaran produk terbabit hanya kepada para pelanggan setianya dan tempahan terhad.

Gambar : Nuget keli yang rangup dan lazat

Thursday, 6 August 2009

Bahaya Telebih Garam Dalam Rawatan

Minggu lepas, saya merawat ikan keli dengan cara menaburkan garam kasar sebanyak 1kg untuk merawat penyakit ulser/bengkang ingsang. Setelah 3 hari ikan menjadi sihat kembali, namun pada hari ini. Ikan mengalami kekurangan bendalir badan dan menyebabkan badanya bengkak-bengkak. Oleh itu baru saya teringat bahawa panas terik telah mengurangkan kandungan air dalam kolam, jadi kepekatan garam bertambah. Jadi cara penyelesaiannya

Cara ;
1.Ambik hos paip
2.On kan Pump
3.Sembur air dalam kolam

biar air penuh sikit dari biasa, jadi ikan xlah pedih dek kene garam yang pekat.. sekarang garam dah tawar sikit.. mcm org kene darah tinggilah, telebih garam kaki bengkaklah, itu bengakak.. jadi mcm tu jugaklah kehidupan ikan nie...

Kuarintin Ikan Anda..



Kenapa kita kena kuarantin benih ikan yang baru sampai ke kolam kita.

1.Ikan penat – kena segarkan
2.Ikan luka luka – kena rawatkan
3.Ikan bawa parasit – kena hilangkan
4.Ikan terkejut – kena tenangkan

Lain ikan mempunyai cara yang berlainan dan tempuh masa yang berlainan untuk tujuan kuarantin. Setiap penternak juga mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan kuarantin. Tetapi semua penternak berpengalaman akan melakukan kuarantin tanpa mengira sama ada benih atau ikan yang hendak di ternak itu ikan liar atau ikan dari hatchery. Pengalaman mengajar supaya kuarantin di buat supaya ikan yang dibawa masuk akan dapat hidup dengan baik dan sihat.

Seperti Hj. Hanapiah Pengurus Dimensi Rebana Sdn. Bhd. kehilangan 8-9 ribu ekor ikan kerana tidak dikuarintin, saya juga terkena, nasib x banyak, tapi banyak la jugak dalam 2 ribu lebih ikan saya k.o. dan telah saya semadikan. Ini adalah kesilapan terbesar saya buat. Ingt semua.... Kuarintin itu perlu...

Cara Transfer Ikan Yang Baik



Ramai penternak menyatakan masalah mereka kepada saya. Antaranya ialah benih ikan mati dalam masa 2 minggu selepas ikan di hantar ketempat mereka untuk di ternak.Ini termasuk ikan tilapia, ketutu dan keli. Mengikut pengalaman, kematian in mengarah kepada 2-3 tiga punca.

1. penyediaan kolam yang tidak rapi menyebabkan ikan mengalami penyakit atau stress
2. tiada kuarantin atau teknik kuarantin yang salah
3. teknik pembungkusan dan teknik membawa ikan yang tidak sesuai.

Teknik pembungkusan yang sesuai untuk jenis jenis ikan adalah penting. Ikan akan mengalami tekanan yang amat tinggi semasa perjalanan. Mengunakan teknik yang betul termasuk mengunakan bekas yang sesuai,jumlah ikan yang sesuai untuk satu satu bekas dan jauh perjalanan, ubat anti biotik, ubat penenang, ais, garam, dan pengudaraan yang sesuai akan mengurangkan tekanan ini. Ikan juga mesti di kuarantin sebelum di bawa berjalan untuk menenangkannya dan mengurangkan jumlah kumbuhan yang akan terkumpul dalam bekas pembawa ikan.

Oleh itu adalah amat penting untuk kita bertanya cara agen penjual ikan tentang kaedah mereka membawa ikan agar ikan yang di hantar kepada kita tidak mati begitu saja. Dalam pada itu, penternak juga mesti mempelajari teknik menerima ikan ini supaya ikan yang di terima akan dapat diternak dengan baik.

Recirculating Aquaculture System (R.A.S.)




Tuesday, 4 August 2009

Garam Kasar dalam ternakan

Penggunaan Garam (sodium chloride) dalam Penternakan Ikan Air Tawar.

1. Garam guna ketika kurantin ikan liar atau ikan yang baru di bawa ke kolam. Garam boleh di gunakan bersama bahan lain seperti potassium permanganate,formalin atau copper sulfate. Garam akan menolong membunuh parasit dan kuman pada ikan. Juga ikan bernafas dengan baik kerana garam akan membuang mucus atau lendir pada insang ikan. Selalunya selepas tempuh kurantin (antara 15 minute ke dua hari mengikut jenis ikan), ubat antibiotik untuk mengubat luka yang di sebabkan oleh parasit akan di gunakan. Antara antibiotik yang boleh digunakan ialah oxytetracycline atau acriflavin. Secara praktikalnya, untuk mengelakkan ikan menjadi lali kepada bahan kimia tertentu, kami hanya mengunakan garam untuk kurantin ikan.

2. Garam di gunakan untuk mengubat ikan yang di serang parasit atau cacing/hook worm. Kepekatan atau jumlah garam adalah terpulang kepada penggunaannya tetapi tidak lebih dari 5 ppt. Juga bila mengubat ikan yang di serang kuman pada kulit ikan atau badan ikan. Ia boleh di gunakan bersama lain lain ubat seperti yang di atas.

3. Garam digunakan semasa membawa ikan dari satu tempat ke satu tempat. Garam membuat ikan lebih selesa semasa di bawa berjalan kerana selalunya ikan akan dibawa dalam kepadatan yang tinggi yang senang tercedera.

Apa jenis garam yang boleh di guna? Garam kasar jenis bersih atau jenis kotor. Selalunya jenis bersih agak mahal (Rm16-20 setiap 25kg) dan garam kotor/garam baja murah sedikit (Rm12-13 untuk seguni 25kg). Garam halus tidak boleh di gunakan.