Pages

Friday 7 August 2009

Nuget & Ikan Masin keli..

Nama : Rashidi b. Saad

Tel : 019-5577344

Emel : shidi57@gmail.com

Encik Rashidi Saad dari Kampung Acheh telah mengusahakan ikan keli sejak 14 Mac 2008.Beliau mula berjinak-jinak dengan perusahaan ini hasil dari minat beliau sendiri dan dorongan kawan-kawan dan isteri.

Pada mulanya beliau hanya menternak ikan keli di dalam sebuah kolam simen bersaiz 15' x 4' x 3', tetapi atas permintaan yang semakin bertambah, En. Rashidi telah menambahkan jumlah ternakan dengan pembinaan 2 kolam simen yang baru berukuran 15' x 15' x 4'. Setiap kolam baru yang dibina boleh menampung 5,000 ekor ikan keli berbanding 2,000 ekor bagi kolam pertama beliau.

Gambar : Proses menjemur ikan keli masin berempah

Selain memasarkan ikan keli hidup kepada para peniaga restoran/kedai makan di Pekan Yan Besar, En. Rashidi juga memproses ikan keli yang diternak menjadi ikan keli masin berempah dan nuget ikan keli. Produk keli masin berempah ini amat istimewa berbanding dengan produk ikan masin lain kerana selain rasanya yang sangat unik, ia juga dikatakan amat lazat berikutan bauan rempah yang telah bersebati dengan isi ikan masin tersebut.

Gambar : Keli masin berempah yang telah siap dibungkus untuk jualan

Nuget ikan keli yang dibuat sendiri oleh En. Rashidi juga mendapat permintaan yang sangat menggalakkan daripada para pembeli setia produk terbabit. Walau bagaimanapun, berikutan proses membuat nuget yang agak rumit serta perlu disimpan di tempat yang dingin beku menyebabkan En. Rashidi menghadkan pengeluaran produk terbabit hanya kepada para pelanggan setianya dan tempahan terhad.

Gambar : Nuget keli yang rangup dan lazat

0 comments:

Post a Comment