3 minggu lepas aku baru lepas grading.. jd bila grading mcm2 lah aku jumpa kat dasar kolam.. antaranya seperti bawah nie..
keli 5 inci tercekik telan keli 3 inci.. jadi sebab tu kt kene grading..
Keli yg terkene sakit ulser.. atau bengkak ingsang.. kdg2 terlepas pandang, bila dah grading baru perasan..
Grading kali nie aku asingkan keli 5-6 inci dengan keli 3-4 inci.. keli yg cepat besar pun aku dapat, besar dalam 10-11 inci.. aku dapat dalam 20-30 ekor.. ini mungkin keli grad A x pun keli ganas yg suka makan keli kecik..
grading net diletakkan dikolam 3&4 yang kosong tanpa ikan bagi mengisi ikan kecil yg keluar dari grading net.. biasa yg kuar dalam 3 inci kebawah...
Majoriti ikan kecil masih banyak berbanding ikan besar.. Nampaknya aku kene belajar lagi cara untuk memastikan tahap tumbesaran semua ikan aku hamprir sekata.. Jadi korg yg pandai... bglah sikit ilmu.. huhuhu..
0 comments:
Post a Comment