Pages

Friday, 3 July 2009

Anggaran & Waktu pemberian makanan kepada keli anda..

Anggaran Pemberian Makanan

Dilakukan pada setiap 2 minggu dengan cara seperti berikut :
1. Tangkap 10 ekor ikan secara rawak.
2. Timbang.
3. Ambil purata berat seekor.
4. Darab bilangan ikan dalam kolam.
5. Jumlah berat keseluruhan ikan.
6. Kira keperluan makanan berdasarkan jadual dibawah.

Hari Peratus dari berat badan :
1. 1-30 - 5 %
2. 31 - 60 - 3 %
3. 31 - 90 - 3 %


Waktu Pemberian Makanan

1.Jangan beri makan ikan pada waktu mendung dan hujan.
2.Jangan beri makan 12jam selepas pelepasan benih.
3.Beri makan 2 kali sehari dari :
• 9 – 11 pagi .
• 5 – 7 petang.

Jenis Keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-

Ikan Keli Kayu

Ikan Keli Kayu atau nama saintifiknya Clarias batracus adalah tergolong dalam ikan air tawar.


Ikan Keli Bunga



Ikan Keli Bunga atau nama saintifiknya Clarias macrocephalus adalah tergolong dalam ikan air tawar.

Ikan Keli Eksotika


Ikan Keli Eksotika atau nama saintifiknya Clarias gariepinus adalah tergolong dalam ikan air tawar.

Ikan Keli Limbat



Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.


Struktur badan keli

Ikan keli terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah.

Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet. Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.

Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat.

Namun ikan keli terdapat banyak spesies. Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus.
Spesies “channel catfish” yang banyak diternak di US

Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.

Menurut fakta penternak-penternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.

Penyakit Keli & Kaedah rawatannya

Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.
Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.
2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.
3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.
4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.
5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.
6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain
7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki

Berikut merupakan Gejala serangan dan jenis penyakit dan langkah pencegahan:

Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan

Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari

Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctata
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit

Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.

Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit

Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam

Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.

Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.

Terdapat garisan-garisan seperti benang bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air selama 30 minit

Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books

Khasiat ikan Keli..



Gambar 1: Omega-3 DHA baik untuk perkembangan otak


Gambar 2: Pengambilan Omega-3 dapat memperlahankan Kanser Perut dari terus merebak




Gambar 3 : Struktur Linolenic-acid dalam Omega-3 yg terdapat dalam lemak ikan


SOALAN:

APAKAH PERBEZAAN MINYAK SAYURAN DENGAN MINYAK IKAN?

JAWAPAN;

Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi yang dating dari sumber Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton". Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak. Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA, walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.

SOALAN:

Apakah Asid Lemak Omega 3?

JAWAPAN;

Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-1) Asid O-Linolek (ALA)2) Asid Eicopentaenoik (EPA)3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)
Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-1) Tepu (saturated)2) Tidak Tepu (unsaturated)
SOALAN:

apakah Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia?

JAWAPAN;

Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
-Menggalakkan kecerdasan fikiran

SOALAN:

Bagaimana minyak ikan dapat mengurangkan risiko sakit jantung?

JAWAPAN:

Mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung. Dengan itu mengurangkan risiko kematian sakit jantung.
Mengurangkan pembekuan darah, punca utama sakit jantung.
Mengurangkan triglycerides dan kolestrol

Empangan dijadikan pusat ternak ikan


KUCHING 26 Jun – Tasik empangan hidro elektrik Batang Air di daerah Lubok Antu berpotensi dijadikan Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakultur khususnya projek penternakan ikan tilapia hitam yang mendapat permintaan tinggi di Eropah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, beliau telah memaklumkan syarikat Trapia Malaysia Sdn. Bhd., syarikat tunggal yang melaksanakan projek tersebut di Tasik Temenggor, Perak untuk melaksanakan projek yang sama di Tasik Batang Air.

Beliau berkata, Trapia Malaysia dijangka meminta petani atau nelayan tempatan berhampiran dengan Tasik Batang Air untuk menjalani kursus dengan syarikat terbabit selama enam bulan.

“Jika petani serta nelayan tadi telah lulus, mereka akan dilantik secara kontrak untuk bekerja dengan syarikat terbabit melaksanakan ternakan ikan tilapia hitam dengan setiap kali hasil tangkapan boleh mencecah sehingga RM5,000.

“Saya juga memaklumkan kepada syarikat terbabit untuk mencuba projek yang sama di Sabah dengan mereka mengawal selia benih, makanan serta penjagaan alam sekitar apabila melaksanakan projek seumpama itu,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar merasmikan majlis Ekspo Industri Asas Tani 2009 di Tebingan Kuching di sini hari ini.

Rohani berkata, projek ikan tilapia hitam akan menggunakan sebuah sangkar besar yang boleh memuatkan 40,000 ekor atau 50 tan metrik ikan tilapia hitam.

Katanya, 90 peratus hasil akan dieksport ke luar negara khususnya Eropah dan hanya 10 peratus dijual dalam pasaran negara.

30 tan ikan

HULU TERENGGANU 24 Jun – Projek ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir di sini dijangka mampu mengeluarkan lebih 30 tan hasil ternakan apabila fasa ketiga projek itu siap dibina.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat berkata, pembinaan fasa ketiga yang kini sedang berjalan itu akan menyaksikan penambahan kira-kira 4,000 sangkar ternakan ikan.

Menurut beliau, ketika ini, sebanyak 2,200 sangkar ikan digunakan untuk menternak ikan tilapia merah, siakap dan patin.

Katanya, fasa ketiga projek itu dijangka siap dalam tempoh terdekat ini.

”Dengan siapnya fasa ketiga projek ini, kita akan mampu mengeksport ikan ke pasaran luar negara terutama di negara Eropah.

”Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) akan menguruskan pemasaran dan pelabelan untuk pasaran dalam bentuk ikan segar, hirisan dan nugget,” katanya.

Beliau menambah, apabila sangkar itu siap nanti, 200 sangkar akan dijadikan sebagai tempat nurseri benih ikan manakala selebihnya akan menjadi tempat penternakan.

”Penambahan sangkar itu juga akan menyaksikan pembiakan lebih sejuta benih ikan di Sungai Como,” tambahnya.

Rozi memberitahu, di bawah fasa ketiga itu juga akan menyaksikan penambahan beberapa infrastruktur asas di tapak projek di Sungai Como.

”Antara infrastruktur yang akan dibina ialah surau dan tandas di sebuah pulau kecil seluas satu hektar.

”Tempat tinggal peserta juga akan ditambah yang sejajar peningkatan jumlah peserta ekoran penambahan jumlah sangkar,” jelasnya.